Thursday, 18 April 2024

Hati

Hari ini, hati ini, asyik dengan emosi. Entah kenapa. Mungkin faktor datang bulan. Atau kejadian pagi tadi. Entah kenapa, aku masih tertanya. Meski berbagai jawapan sudah tersedia. Mata ini senantiasa berkaca. Biarpun air mata belum singgah ke pipi.

Kau sedar dirilah. 
Fokus berbaiki diri.
Usah diharap pada manusia.
Yang senantiasa membuatmu kecewa.

Allah.
Damaikan hatiku.
Redhakanlah aku atas takdirmu.

Sunday, 17 December 2023

Rejected

Pertama kali aku dalam hidup aku, dengan sendirinya aku meluahkan kata untuk berkenalan dengan insan ajnabi yang berlainan jantina.
Tujuan aku satu, ingin mencuba rezeki.
Kerana pada usia yang matang ini, kukira aku jelas dengan tujuanku.
Supaya tidak menaruh perasaan yang mendalam, berterus terang adalah kuncinya.

Pertama, aku tertarik padanya pada pandangan pertama. Usianya sudah 40-an.  Rakan ku mengatakan beliau masih single. Tinggal pula di ibu kota, tidak jauh dari perumahanku. 
Aku merasakan sikap beliau lebih kurang sahaja denganku secara pandangan luaran sahaja.

Aku bukanlah seorang yang terlalu asyik dengan career woman.. Namun, tidak jua aku meremehkan kerjayaku. Ada banyak tanggungjawab yang ku harus pikul dan ini membutuhkan aku senantiasa mempunyai pekerjaan tetap. Dan aku memilih untuk tetap dengan kerjayaku sekarang.

Oleh kerana itu, aku memulakan langkah untuk stalk beliau di fb. Sedikit cuma maklumat yang diperoleh. Tanpa membuang masa, aku offer diri untuk berkenalan.

Namun hanya 'seen' menjadi jawapan pada ajakanku.

Selang sebulan, aku bertanya lagi. Mengapa tidak menjawab pertanyaanku.
'Menjaga Hati' 
yaah.

Pada aku diusia ini, aku seorang yang lebih straight foward. Jika tidak suka, katakan tidak suka. Jika sudah ada teman, katakanlah. Aku tiada perasaan yang begitu mendalam. Hanya mencuba andai dia adalah jodohku.

Sedih? Tidak ku nafi. Namun sedihku hanyalah sementara. kerana pastinya dia bukan jodohku. 

Rabbana Hablana min azwajina wazurriyatina qurrata a'yun, waj'alna lilmuttaqiina imama.

Amien ya Rabbal 'Alamien..

Mencari Sang Pemilik Tulang Rusuk

Pada awalnya, aku menulis blog bertujuan untuk menceritakan perjalanan aku memiliki sebuah rumah. Oleh sebab impian itu telah terlaksana.
Maka impian itu beralih kepada mencari Cinta.
Ya Cinta yang sekian lama aku pinggirkan.
Kerna ku merasa ia belum menjadi tujuan.
Namun demikian skala itu semakin kecil.
Kecil dan kecil.
Usia pula sudah menginjak angka 31. 
Dari ke hari, serasa mustahil untuk memiliki, jodoh yang masih menjadi misteri. Allah masih mahu aku merintih padanya.
Allah masih rindu akan rintihanku.
Purpose of marriage?
Pada aku, aku ingin membangun keluarga bersama bakal suami menjadi keluarga yang Islami. Keluarga yang sepertinya sebuah pasukan. Keluarga yang padanya ada ketenteraman dan rasa selamat. Bersama-sama menuju redho Ilahi.
Aku berdoa dan selalu berdoa. Supaya Allah menyempurnakan separuh hidupku.
Supaya Allah memberi aku peluang untuk mengikuti sunnah Rasulnya. Dengan bernikah, berkeluarga.

May Allah protect us from sins. May Allah show us to the right and best spouse that lead to Jannah. InshaAllah.

Friday, 27 January 2023

2023

 2020 dan 2021 Tahun yang seakan tidak wujud dalam kalendar seorang insan. Kerana pada tahun itulah COVID-19 melanda dunia. Tup tup sudah 2022..End up 2023.

eh 2023?!

2023 usia sudah menginjak 31 tahun. Tidak pernah terbayang aku sudah seusia ini.

Yang pasti waktu sangat pantas berlalu.


Al-Waqtu Kassaif, Fainlam taqtho'hu Qotho'ak!


Tuesday, 20 April 2021

Ahlan

Ahlan 2021
Ahlan angka 29
Ahlan Rumah Impian
Ahlan wa sahlan

Kenapa tiba-tiba terbuka blog?
Biasalah, terkadang hati dijentik dengan sesuatu perasaan..
Gembira, sedih, kecewa itu lumrah kehidupan..

Dengan ini berakhirlah semua crush-crush aku dari zaman sekolah sehingga zaman universiti..

Let's start our new chapter.
Let's find the right one.
Oh Allah, give me the one.
who can love me unconditionally..
As i will love him..

Monday, 7 November 2016

Kegemilangan Sastera Melayu Kembali : Kapankah?

Blog yang kian lama terperam. Tangan yg sudah kaku menaip. Waktu yang sekian lama melaju. Seakan terlupa impian yang telah kian lama terpahat. Aku ingin menjadi penulis. Penulis yang memartabatkan bahasa terindah ini. Aku Melayu asli meski bukan Malaysia. Namun satu nusantara yang berkongsi bahasa dan adat resam meski berbeza sedikit cuma.

Tulisan ini hadir asbab seorang sahabat mengimbau kenangan dengan bertanya tentang novel Tenggelamnya Kapal Van Der Vick. Lantas kenangan-kenangan lama berlarian menjengah. 
Sewaktu aku di tingkatan tiga, perpustakaan adalah tempat wajibku kunjungi sebaik sahaja loceng rehat berdering. Riiing !! tidak mengapa tidak menjamah makanan, asal santapan mata itu kenyang.  
Kerna itu jualah, semasa aku di tingkatan 3 aku menjadi pasif, hanya berkawan dengan buku.

Tertanya. Sejak kapankah aku mencintai membaca?

Kisahnya begini. Aku suka sastera. begitu mencintainya. Tak terungkap dek kata. Lantas keindahan itu tak terucap dek bibir. Semasa aku di tingkatan 3, guru Bahasa Melayuku, Puan Noraha senantiasa berbicara ungkapan bombastik. Dan pernah meminta rakanku membaca karangan ku di depan semua pelajar kelas dan diakhiri dengan tepukan gemuruh pelajar kelas. Pastinya, hatiku berbunga-bunga. Semenjak itu jualah aku suka membaca novel sastera. Novel sastera yang penuh dengan bahasa yang indah. Bukan picisan semata. dan aku mengutip seberapa banyak ungkapan bombastik dalam novel yang kubaca itu. beitulah sejarahnya.


Kebanyakan novel yang kubaca merupakan pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Pernah aku berimpi untuk menghantar karya. Maklumlah, kalau menang aku bakal menerima honorarium. aku ni kan mata duitan. hehe. Semua yang mendatangkan hadiah atau duit aku suka untuk turut serta. Suatu hari nanti mungkin ada catatan AKU, IKIM dan Hadiah (Doakan semoga tangan ini rajin menulis)      

Berikut merupakan novel-novel yang telah ku khatamkan berulang kali. Maklumlah, ketika itu perpustakaan di sekolahku kecil cuma, buku pun tidak terlalu banyak. Sehinggakan aku mengkatamkan dua hingga tiga kali. Dan pernah ada senior menegur, kalau dia mahu meminjam novel pasti ada nama JUWAERIYAH BINTI AGUNG BIYADI...



Aku tidak begitu pasti buku yang mana yang ku baca. yang pasti cetakan lama yang tak terfikir diusiaku kala itu untuk menbaca. Namun, catatannya mempunyai seribu maksud tersirat.



Berikutnya pula, dengan buku-buku inilah aku mengenal insan ini. Mohd Faizal Bin Musa.
Walaupun semakin lama ku ragui akan statusnya. Namun keindahan tiulisannya tidak dapat kunafikan. Dahulu, beliau pernah menjadi juri yang menilai karya puisi di Majalah Dewan Siswa. Dan cerpen beliau pernah dimuatkan dalam Novel Ting. 5 dengan karya "Kerana Manisnya Epal"









Selain, itu, aku jua berkenalan dengan Zaid Akhtar melalui bukunya. Sehinggakan keana tulisannya, aku begitu kepingin untuk ke Jordan. Penangan tulisan nampaknya.






Novel yang membuatkan air mata ku bercucuran





Sekolah hidup yang bermaksud, kehidupan itu adalah sekolah dimana di situlah proses pembelajaran

Novel yang aku baca cuma bertajuk : priit!  namun di sebabkan yang ini yang ada dilaman google. Novel berkisar Bola Sepak. Walaupun aku tidak meminati bola, namun disebabkan ianya novel yang sangat unik maka aku tertarik untuk membacanya.



Novel yang berkisar seorang peguam. Locus standi merupakan istiah dalam guaman.




Novel yang diadaptasi ke dalam Drama yang jauh terpesong. Lokasi lakonan di UTMKL sewaktu kami sedang bergerak kerja dalam JKM. Teruja sikit. Tapi bila menontonnya, hampa.



Susah nak berjumpa dengan novel sebegini era ini. Kalaulah novel-novel sebigini di adaptasi seratus peratus ke dalam drama seperti novel picisan yang lainnya, ku kira pasti isinya setanding K-Drama. Eceh...

Semoga suatu hari nanti aku juga mampu menulis sebuah novel yang sarat dengan keindahan sastera melayu dan memberi ilmu kepada pembacanya.


Amieen..


Friday, 30 October 2015

Buku~Buku kehidupan di YU KEY EM

Sedar tak sedar hampir 5 minggu sis menjadi pelajar UKM separuh masa.
Alhamdulillah..
Sis ada belek-belek memori lama impianku..salah satunya masuk UKM dan UIA..
Sis sekarang sedang bekerja bawah IIUM Holdings dan pada masa yang sama menjadi pelajar UKM..bak kata Auditor, ada konflik disitu..Hiks.

Minggu ini sangat memenatkan..Setiap minggu sememangnya penat..
Setiap hari memikirkan duit..cukupke, Yuran macamana? haih..kadang-kadang rasa tidur tak lena memikirkannya. Maklumla, yuran belajarnya teramatlah mahal RM3200.00. 2 kali ganda dari gaji sedia ada. bila xde kelas sis mesti nak OT..nak tambah duit...Tak Cukup..huhuhuhu..kadang2 sis rasa nak buat part timr..tapi masa mana sis nak curi..tak pela..yang penting sis bekerja dengan jujur dan amanah..semoga gaji itu berkat..

Bercerita pasal kelas, kelas sis dari pukul 7 sampai 10 malam, selepas habis sahaja office hour, iaitu pada jam 5.30, sis terus ambil buku study untuk quiz dan assigment.. So rushing kan. Baru minggu ke empat dah ada kuiz dan assigment?? Yups..inilah Degree..bukan Diploma tau..

Apabila kita dah korbankan Wang, Masa, Tenaga untuk memperoleh segulung ijazah, pasti kita nak buat yang terbaik kan.. kadang2 sis menangis juga sebab tertekan, tapi Sis selalu diperlihatkan dengan orang yang lebih susah daripada sis..Mereka yang sudah mempunyai keluarga pun mampu belajar part Time, apatah lagi Sis yang bujang ni..Kerja Office memang berlambak, tapi sis bersyukur bukan bekerja di Audit Firm, pasti jauh lebih sibuk..

Seronok rasanya kembali ke alam kampus, rasa muda, rasa berilmu, hik..hik..ada rasa berlagak di situ..Astaghfirullah..Bila masuk kelas, lupa kerja2 sis yang berlambak kat office, serasa macam di taman2 syurga..cewaah..

Sis bersyukur dipertemukan dengan UKM, sebab sis dapat belajar subject yang diminati dalam bahasa melayu..series best (sis x berapa bijak dalam bahasa inggeris)..dan the most important things, Degree Perakaunan di UKM diiktiraf oleh MIA..MIA tu Malaysian Institute of Accountat..nak jadi Charted Accountant kan..hee..

Bercerita pasal pembahagian masa, salah satu sebab sis nak belajar during weekdays sebab sisi tak nak masa bersama keluarga terabai. Sis masih merempit setiap hujung minggu untuk balik banting..
Dan sis masih mengikut gerak kerja yang semampu sis..Yang semampunya sahaja..yang lain, minta maafla..huhuhuhu..

Ok.. Sekian corat-ceret sis di UKM..

Bercerita pasal SIS..kenapa Sis??

Alkisah minggu lepas, Division kami didatangi oleh Auditor2 muda..(jejaka)
tapi semuda2 diorang aku pasti aku jauh lebih muda daripada mereka..mereka panggil aku Puan..ok aku steady je..n some of them call me kakak..
hahaha..
aku biarkanjela..aku pun nak dihormati..hikhik..takdela diorng dapat ambil kesempatan dengan aku..
Walaupun mukaku berserabut dengan kedatangan diorng ni tapi aku rasa seronok..
Sebab banyak juga ilmu baru yang aku dapat..
Yang paling penting aku rasa terus bersemangan nak berkerja dengan lebih baik lagi,.

dan pada hari2 terakhir audit, kami pun berkenalan..
dan seperti yang dijangka..aku lebih muda..

yuhuhhuhu...

ohh, lupa yang mengaudit kami dari AFTAAS medium company yang dah ada banyak cawangan dan HQ die kat Sri Rampai je..
Sebelum ni yang mengaudit kami dari EY (Ernst & Young) Big 4la...

ok. pak guard pun dah datang..
so sis nak mengundur diri dulu..

Ila Liqa'~~~~~~~~~~