Wednesday, 30 April 2014

Angkat penamu dan lakar ceritamu...

Setiap kita ada cerita...
Suka..duka...
Tawa...ria....

Ini cerita aku..
Itu cerita dia...
Cerita kami beza...
Kerna takdir kami beza...

Namun..
Aku..kamu dan dia...
Semua punya impian..
Menakluk syurga idaman...
Destinasi akhir insan...

Angkatlah penamu, lakarkan kisahmu,
Inspirasikan mad'uu mu...

Monday, 28 April 2014

Aku dan fb

Bila masuk entry yang ke dua rasa seronok sangat..almaklum sudah lama tidak menulis..

Mahu saja ku khabarkan pada dunia keseluruhannya ( fb) bahawa betapa gembiranya diriku..

Tiba- tiba aku merasa tidak jadi.
Mungkin selama ini aku sudah terlanjur bicara..perlakuanku sudah hilang keikhlasannya..
Semua ingin dikhabarkan pada dunia..

Wahai jiwa yang sedang sakit, sedang ku cuba menyembuhkanmu...
Bersabarlah...

TAJAMKAN PENAMU

Lama sudah kiranya aku tidak menconteng dirimu mungkin kala ini pelbagai medium dihadapanku..
Terinspirasi dengan ustaz pahrol yg pada harinya diperuntukkan sejam menulis dan membaca..
Ya, sekarang ini kamu harus..
Bukankan menulis novel itu salah satu impianmu??

Aku insan kecil yang berjiwa besar..
Andai alfateh mampu menakluki konstantinople dengan amalannya dan alayyubi mampu menaluki al aqsa dengan pedangnya, aku??

Aku akan menakluki jiwaku, sanubariku dengan penaku sendiri...

Kenapa perlu takluki jiwa??

Kerna jiwaku kini saat ini sedang memberontak..bak tali yang ingin melepaskan diri dari ikatan..