Duit oh duit....
Beruntung juga duduk di selangornya...warganya..kerajaannya murah dengan hadiah...
Disekolahku setiap kali peperiksaan besar, jikalau mendapat keputusan yang cemerlang pasti mendapat duit..meskipun sedikit, namun bagiku ia sudah cukup bererti,
Nah, aku tunjukkan pada kalian duit simpananku sehingga tingkatan 5.
PMR ( 7 A)= RM360
SMA ( JAYYID JIDDAN ) = RM360
SPM ( 10 A ) = RM360
Dan aku jua mendapat biasiswa kecil persekutuan semasa ditingkatan 4 dan 5.. Sebanyak RM980 Setahun.. Adala dalam 2000++....
Jadi simpananku sekitar rm3000++
Mungkin bagi kalian kecil... Namun aku gembira dengan hasil ini..jerih perihku sendiri...
Duit ini aku tidak pernah keluarkan melainkan seusai aku menghabisi sekolahku.. Sehinggakan cikguku bertanya, apakah aku tidak memerlukan duit?
" Aku lebih memerkukannya nanti diuniversiti" bicaraku yang ketika itu Di tingkatan 4...
Bukan aku tidak kasihan pada ibuku, sebab ramai rakanku yang mengeluarkan duit- duit tersebut untuk dihadiahkan pada ibu bapa mereka...
Padaku, ku tahu ibuku tidak begitu memerlukan sangat..tambahan saat ini kami mendapat bantuan daripada pihak jabatan kebajikan masyarakat...rm300 sebulan...
Dan aku jua seusai mengambil PMR segingga penghujung tingkatan 4 aku bekerja dirumah ustazahku setiap sabtu ahad...
Dengan pendapatan hanya rm50 sebulan dapatlah aku membeli keperluanku sebagai gadis remaja...
Seusai aku menduduki spm, habis sahaja paper pendidikan syariah islamiyyah aku terbang ke Indonesia bersama kakak ku untuk pulang ke kampung halaman kami..sepanjang hidupku, baru 2 kali kami pulang..ummi dan adik- adikku telah lama pulang disebabkan ada tiket promosi.. Dan aku pula menduduki spm manakala kakak ku stpm..
Selepas 2 minggu disana aku terus berkejaran dari LCCT menuju ke Kuala Kubu Baru sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara...
Daripada program tu dapalah wang saku beberapa ratus.. Tidak begitu banyak berbanding jikalau aku bekerja...
Usai plkn, aku bekerja disebuah butik tidak sampai sebulan.. Dapatlah gaji sekitar rm400++...
Dengan duit- duit ini aku ambil separuh untuk membiayai yuranku disemester pertama.. Separuh lagi sumbangan ummiku...
Semester pertama selesai....
To be continue....
