Senyum.
Senyum adalah satu gerakan mulut yang mampu menyenangkan insan-insan yang melihatnya. Apatah lagi saat keletihan, kegundahan mahupun kerunsingan itu merajai jiwa.
Senyum tidakla semudah bicara meski indahnya melebihi sejuta kata.
Aku dan senyum adalah sukar.
Apatah lagi saat berdepan ajnabi yg baru kukenal. Atau ajnabi yang ku gusar terjatuhnya perasaan.
Meski aku mengerti akan tuntutan senyum.
Dari Abi Dzar radhiallahu’anhu, berkata :
“ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Muslim)
Ya. Tajuk di atas, muslimah, Dakwah, senyumlah.
Artikel yang sudah bertahun lamanya. Namun tajuk itu senantiasa segar diingatan meski isinya semakin dimamah usia. Namun ia berkisar tentang muslimah yang tidak pernah menghadiahkan meski sebaris senyuman kepada sang ajnabi.
Saat membaca artikel itu aku tidak menerima bahkan tidak menolak. Kerna akulah watak si artikel.
Teringat saat aku di alam persekolah, sang ajnabi mencuba - cuba menarik perhatian aku. Dan aku sentiasa memilih wajah yang tidak berperasaan.
Sehingga pada suatu petang, sedang aku menunggang motor, saat yang meletihkan tatkala pulang dari pejabat, aku di sapa sebaris senyuman dari si pejalan kaki. Aku terpempan tidak berperasaan. Sungguh saat itu mindaku tidak keruan. Mahu membalas senyum atau tidak. Dan aku berlalu tanpa sebarang reaksi.
Hati ini dipaut rasa bersalah. Aku si tudung labuh. Yang melimitkan pergaulan. Lantas ku limitkan jua senyuman. Adakah agama itu ekslusif??
Sungguh. Ia menyesakkan memori mindaku. Hingga saat aku menulis blog ini.
Senyum.
Aku suka melihat senyuman. Justeru mengapa di mahalkan??
Kata orang dari mata turun ke hati...
Namun kata aku, kerna senyum terpautnya dua hati ...
Itulah dakwah.
Mudahkan?
Jadi apa tunggu lagi? Jom senyum!