Tuesday, 21 April 2015

Lughatul Jannah

Laman sesawang yang sudah bersawang-sawang.
Lama meninggalkan.
Hari ini hendak bercerita tentang impian dan azam yang pernah kutanam saatku dibangku sekolah.

Azamku, boleh berbicara bahasa Arab dan mempunyai degree dalam bahasa arab.

Bukanlah aku sudah mencapai sepenuhnya impian itu. Cuma aku ingin bicara betapa cantiknya percaturan Allah terhadap hidupku.

Usai zaman persekolahan, aku ingin menyambung pelajaran dalam lughatul arabiyyah. Namun, rezeki tak menyebelahi. Aku tercampak ke bidang akaun.
Setelah bertahun2 menceburi bidang akaun, tidak sekelumitpun aku tidak memikiran tentang bahasa ini. Begitu cinta aku padanya. Namun, kekangan waktu, tiadanya pengangkutan dan kekurangan sumber kewangan membuatkan aku menolak tepi seketika hasrat itu.

Telah kunukilan di entry lalu tentang usahaku memdalami bahasa ini.

Sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan, mencari dan terus mencari kelas yang sesuai dengan rutinku.
Dan saat aku berpindah ke kuala Lumpur, tekadku menjadi padu. La budda, harus mencari kelas.

Dan akhirnya, Allah mempertemukan aku setelah 5 tahun, kelas yang sesuai dengan jiwaku. Masaku. Kewanganku.
Kelas pada malam hari bekerja. maka tidak mengganggu urusan hujung mingguku. Dan yang paling penting, it's FREE.

Lebih menarik lagi, niatku cuma mempelajari bahasa. Namun aku diajari jua setiap baris ayat kalamullah. Membantu pemahaman dan penghafalan Al quranku.Indah sangat!

Pernah, sebulan setelah aku mengikuti kelas, aku dimarahi kerana tidak menghafal fe'el .. Sehingga setiap kelas aku diattac. Ditegur. Sampai tak pergi kelas beberapa sesi.

Alhamdulillah, hari ini hampir empat bulan mengikuti kelas. Nahuku semakin baik. Al quran semakin faham. Vocabku semakin bertambah.
Meski aku pernah berimpi untuk membuka kelas, dengan mengajar bahasa ini kepada org lain pula, namun masih belum terlaksana. Mungkin, suatu hari nanti, aku menjadi mu'allimah kepada sicilikku nanti.
Doaku, semoga aku terus istiqamah.

Terima Kasih ALLAH!