Blog yang kian lama terperam. Tangan yg sudah kaku menaip. Waktu yang sekian lama melaju. Seakan terlupa impian yang telah kian lama terpahat. Aku ingin menjadi penulis. Penulis yang memartabatkan bahasa terindah ini. Aku Melayu asli meski bukan Malaysia. Namun satu nusantara yang berkongsi bahasa dan adat resam meski berbeza sedikit cuma.
Tulisan ini hadir asbab seorang sahabat mengimbau kenangan dengan bertanya tentang novel Tenggelamnya Kapal Van Der Vick. Lantas kenangan-kenangan lama berlarian menjengah.
Sewaktu aku di tingkatan tiga, perpustakaan adalah tempat wajibku kunjungi sebaik sahaja loceng rehat berdering. Riiing !! tidak mengapa tidak menjamah makanan, asal santapan mata itu kenyang.
Kerna itu jualah, semasa aku di tingkatan 3 aku menjadi pasif, hanya berkawan dengan buku.
Tertanya. Sejak kapankah aku mencintai membaca?
Kisahnya begini. Aku suka sastera. begitu mencintainya. Tak terungkap dek kata. Lantas keindahan itu tak terucap dek bibir. Semasa aku di tingkatan 3, guru Bahasa Melayuku, Puan Noraha senantiasa berbicara ungkapan bombastik. Dan pernah meminta rakanku membaca karangan ku di depan semua pelajar kelas dan diakhiri dengan tepukan gemuruh pelajar kelas. Pastinya, hatiku berbunga-bunga. Semenjak itu jualah aku suka membaca novel sastera. Novel sastera yang penuh dengan bahasa yang indah. Bukan picisan semata. dan aku mengutip seberapa banyak ungkapan bombastik dalam novel yang kubaca itu. beitulah sejarahnya.
Kebanyakan novel yang kubaca merupakan pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Pernah aku berimpi untuk menghantar karya. Maklumlah, kalau menang aku bakal menerima honorarium. aku ni kan mata duitan. hehe. Semua yang mendatangkan hadiah atau duit aku suka untuk turut serta. Suatu hari nanti mungkin ada catatan AKU, IKIM dan Hadiah (Doakan semoga tangan ini rajin menulis)
Berikut merupakan novel-novel yang telah ku khatamkan berulang kali. Maklumlah, ketika itu perpustakaan di sekolahku kecil cuma, buku pun tidak terlalu banyak. Sehinggakan aku mengkatamkan dua hingga tiga kali. Dan pernah ada senior menegur, kalau dia mahu meminjam novel pasti ada nama JUWAERIYAH BINTI AGUNG BIYADI...


Aku tidak begitu pasti buku yang mana yang ku baca. yang pasti cetakan lama yang tak terfikir diusiaku kala itu untuk menbaca. Namun, catatannya mempunyai seribu maksud tersirat.
Berikutnya pula, dengan buku-buku inilah aku mengenal insan ini. Mohd Faizal Bin Musa.
Walaupun semakin lama ku ragui akan statusnya. Namun keindahan tiulisannya tidak dapat kunafikan. Dahulu, beliau pernah menjadi juri yang menilai karya puisi di Majalah Dewan Siswa. Dan cerpen beliau pernah dimuatkan dalam Novel Ting. 5 dengan karya "Kerana Manisnya Epal"


Selain, itu, aku jua berkenalan dengan Zaid Akhtar melalui bukunya. Sehinggakan keana tulisannya, aku begitu kepingin untuk ke Jordan. Penangan tulisan nampaknya.
![]() |
| Novel yang membuatkan air mata ku bercucuran |
| Sekolah hidup yang bermaksud, kehidupan itu adalah sekolah dimana di situlah proses pembelajaran |
| Novel yang berkisar seorang peguam. Locus standi merupakan istiah dalam guaman. |
![]() |
| Novel yang diadaptasi ke dalam Drama yang jauh terpesong. Lokasi lakonan di UTMKL sewaktu kami sedang bergerak kerja dalam JKM. Teruja sikit. Tapi bila menontonnya, hampa. |
Semoga suatu hari nanti aku juga mampu menulis sebuah novel yang sarat dengan keindahan sastera melayu dan memberi ilmu kepada pembacanya.
Amieen..







