Tujuan aku satu, ingin mencuba rezeki.
Kerana pada usia yang matang ini, kukira aku jelas dengan tujuanku.
Supaya tidak menaruh perasaan yang mendalam, berterus terang adalah kuncinya.
Pertama, aku tertarik padanya pada pandangan pertama. Usianya sudah 40-an. Rakan ku mengatakan beliau masih single. Tinggal pula di ibu kota, tidak jauh dari perumahanku.
Aku merasakan sikap beliau lebih kurang sahaja denganku secara pandangan luaran sahaja.
Aku bukanlah seorang yang terlalu asyik dengan career woman.. Namun, tidak jua aku meremehkan kerjayaku. Ada banyak tanggungjawab yang ku harus pikul dan ini membutuhkan aku senantiasa mempunyai pekerjaan tetap. Dan aku memilih untuk tetap dengan kerjayaku sekarang.
Oleh kerana itu, aku memulakan langkah untuk stalk beliau di fb. Sedikit cuma maklumat yang diperoleh. Tanpa membuang masa, aku offer diri untuk berkenalan.
Namun hanya 'seen' menjadi jawapan pada ajakanku.
Selang sebulan, aku bertanya lagi. Mengapa tidak menjawab pertanyaanku.
'Menjaga Hati'
yaah.
Pada aku diusia ini, aku seorang yang lebih straight foward. Jika tidak suka, katakan tidak suka. Jika sudah ada teman, katakanlah. Aku tiada perasaan yang begitu mendalam. Hanya mencuba andai dia adalah jodohku.
Sedih? Tidak ku nafi. Namun sedihku hanyalah sementara. kerana pastinya dia bukan jodohku.
Rabbana Hablana min azwajina wazurriyatina qurrata a'yun, waj'alna lilmuttaqiina imama.