Tuesday, 21 April 2015

Lughatul Jannah

Laman sesawang yang sudah bersawang-sawang.
Lama meninggalkan.
Hari ini hendak bercerita tentang impian dan azam yang pernah kutanam saatku dibangku sekolah.

Azamku, boleh berbicara bahasa Arab dan mempunyai degree dalam bahasa arab.

Bukanlah aku sudah mencapai sepenuhnya impian itu. Cuma aku ingin bicara betapa cantiknya percaturan Allah terhadap hidupku.

Usai zaman persekolahan, aku ingin menyambung pelajaran dalam lughatul arabiyyah. Namun, rezeki tak menyebelahi. Aku tercampak ke bidang akaun.
Setelah bertahun2 menceburi bidang akaun, tidak sekelumitpun aku tidak memikiran tentang bahasa ini. Begitu cinta aku padanya. Namun, kekangan waktu, tiadanya pengangkutan dan kekurangan sumber kewangan membuatkan aku menolak tepi seketika hasrat itu.

Telah kunukilan di entry lalu tentang usahaku memdalami bahasa ini.

Sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan, mencari dan terus mencari kelas yang sesuai dengan rutinku.
Dan saat aku berpindah ke kuala Lumpur, tekadku menjadi padu. La budda, harus mencari kelas.

Dan akhirnya, Allah mempertemukan aku setelah 5 tahun, kelas yang sesuai dengan jiwaku. Masaku. Kewanganku.
Kelas pada malam hari bekerja. maka tidak mengganggu urusan hujung mingguku. Dan yang paling penting, it's FREE.

Lebih menarik lagi, niatku cuma mempelajari bahasa. Namun aku diajari jua setiap baris ayat kalamullah. Membantu pemahaman dan penghafalan Al quranku.Indah sangat!

Pernah, sebulan setelah aku mengikuti kelas, aku dimarahi kerana tidak menghafal fe'el .. Sehingga setiap kelas aku diattac. Ditegur. Sampai tak pergi kelas beberapa sesi.

Alhamdulillah, hari ini hampir empat bulan mengikuti kelas. Nahuku semakin baik. Al quran semakin faham. Vocabku semakin bertambah.
Meski aku pernah berimpi untuk membuka kelas, dengan mengajar bahasa ini kepada org lain pula, namun masih belum terlaksana. Mungkin, suatu hari nanti, aku menjadi mu'allimah kepada sicilikku nanti.
Doaku, semoga aku terus istiqamah.

Terima Kasih ALLAH!

Wednesday, 4 March 2015

Miss to Mrs

Semuanya bermula dari sebuah tragedi.
Tragedi aku dilanggar sebuah kereta yang tak dikenali.
Kala itu, aku ingin melihat tanah untuk dibeli.
Aku kata, inilah yang dikatakan musibah tidak berbau. Alhamdulillah meski aku dilanggar dengan agak tragis namun tidak seinci pun badanku tercedera. Motor kesayanganku pula yang menanggung derita.
Nikmat dalam ujian. Hamba Allah yang begitu baik hati mengangkat aku dari terbaring dan menghulurkan duit.Mengurangkan beban katanya. MasyaAllah..kala itu baru ku sedar, rahmat Allah begitu luas. Alhamdulillah.
Selepas kejadian itu, ramailah sahabatku menyuruh aku berumah tangga. Katanya, supaya ada driver.
Aku? Rasa nak tergelak pun ada.
Suami bukan driver, Isteri bukan hamba.eceh..
Mudahnya bercerita soal kawin, belum tentu kawin itu benda yang mudah.
Keesokan harinya, dapat panggilan dari kawan ummi. Keanehan menerpa benakku.Almaklum tiba-tiba sahaja. Rupanya dia sedang merisikku untuk anaknya.
Aku, entahla. Tidak berperasaan.
Nak tolak, takut. Takut nanti lama-lama jadi ANDALUSIA. Dan takut dengan hadith tentang amaran menolak pinangan org yang baik agamanya. Tapi, nak terima, memang aku tak bersedia.
Lantas aku pun minta tempoh. Katanya tunang dulu. Kawin tahun depanke.kalau aku bersetuju dia nak datang meminang pertengahan bulan 3 ni. Almaklum masa ni ayah aku ada di Malaysia. Jujur aku tak bersedia. Tunang? Ohh.. Ianya sebuah komitmen juga.
Jauh dilubuk hati seorang wanita pastinya ingin berumah tangga. Dan terkadang aku merasainya jua. Namun mengenang tanggungjawabku terhadap keluarga, cita- citaku, kehidupan yang bebas. Aku menjadi tak bersemangat untuk menukar title ku.
Aku bercerita tentang risikan ini dengan officemate, tiba-tiba dia kata.
"kau tak bersediaka, atau menunggu seseorang?"
Erm..
Mungkin.
Doaku, semoga jodohku sampai sebelum aku diangka 25.
Amiin ya Raab.

Thursday, 12 February 2015

KEHILANGAN YANG MENGHIDUPKAN

Malam itu, housemate berkata padaku.

"Jue, Tok guru tengah nazak" bicaranya sayu.
" Eh, bukan dah sembuhka?' Aku menyoal.
Diam. Sayu.
Segera aku menuju ke dapur, menyiapkan bahan masakan untuk keesokan hari.

"Jue!" Housemate menjerit ke arahku.
"Tok Guru dah meninggal." Sambungnya sayu.
Aku. Kelu.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiuun. Mengucap panjang.
Sepi.
Mataku mulai membasah.
Aku mematikan lampu dapur. Menuju ke tilam.
Entah kenapa. laju air mata ini mengalir.
Perasan apakah ini?

Aku menatap sepi handphonku. Burpusu-pusu mesej whatsApps masuk. Air mata ini mengalir lagi.
Lagi dan lagi.
Entah perasaan apa ini.
Aku tidak mengenal dekatnya. Apatah lagi berjumpa dengannya.
Namun, sosoknya begitu terkenal dalam kalangan kami ' Budak tarbiyyah'.

Kakek Tua yang telah di mamah usia. Namun perjuangannya tetap segar pada penglihatan kami.
Perjuangan tanpa mengenal usia. Perjuangan yang mengendahkan cacian nista. Di tolak tepi demi mendaulahkan kalimah Ilahi.

Tangisku kala ini kerana dua sebab. Perginya seorang Murabbi Ummah seta tangisku mengenangkan perjuanganku yang semakin kecundang.
Minggu sudah. Aku melepaskan taklifan yang terbeban. Kerana masaku yang sedikit berbanding tugas yang tergalas. Dan pernah terlintas di hati untuk berehat panjang dari gerak kerja Islami.
Membatukan diri dari gerak kerja kawasan.

Air mata mengalir lagi.
Ku pegang kejap kelopak mata.
Membaca newsfeed di Facebook menyebabkan air itu laju menuruni pipiku.



                                               Ya Allah, Rahmati dia. Ampuni dia.

Perginya di malam Jumaat. Penghulu segala hari. Lautan manusia mengiringi jenazahnya. Tanpa mengira perbezaan politik dan agama. Kebaikan dan keluhuran budinya semakin terserlah.
Sebak dan sayu turut dirasai di negara jiran.

Hidupnya murabbi berkisarkan perjuangan. Perginya murabbi di dalam perjuangan. Tapi aku, masih muda belia sudah berbicara PENAT?!

Maluku pada Allah. Maluku pada Rasulullah.



Sebuah Kehilangan yang mengidupkan. Menyiram hatiku dengan cahaya keinsafan. Tekadku satu. Berjuang dengan istiqamah. Ya Allah permudahkan urusan hamba.


Kalam seorang hamba,
Juwaeriyah
13.02.2015



Saturday, 3 January 2015

Teman sehidup semati

Aku punya teman..
Senantiasa bersamaku..
Meski hujan membasahi...
Mahupun terik yg memancari..
Setianya dia disisi...
Terima Kasih dia.

Sudah seminggu dia sakit...
Namun masih gagah mebawaku...
Ke sana dan kemari..
Menabur bakti..

Hari ini aku pulang ke banting..
Mengubati lukanya yg sudah seminggu lamanya...
Bicara si taukey, "kamu bawa dia setiap minggu dari kl ke banting?"
Ya. Jawabku.
"kenapa tak naik bas?" soalnya hairan.
Kataku, memudahkan urusan.
Bicaranya, spoket ini perlu di jaga. Setiap minggu ubati dia. Datanglah ke kedai. Percuma sahaja.
Dia tukar minyak di badanmu. Tukar bearing tayar hadapan ( FOC). Nasihatnya, jgn langgar lubang!
Senyum.

Sekarang rantaimu sudah tegang.
Brekmu sudah makan.
Tayarmu sudah kuat.
Bawalah aku ke kelas Arab.
Bawalah aku ke pejabat.
Bawalah aku ke usrah kawasan.
Bawalah aku ke pasar ahad.
Kerna hadirmu memberi sejuta kemudahan.
Buat diriku dah keluargaku.
Awak, terima kasih ya..
Terus berbakti bersamaku.

Kalau kamu hairan kenapa aku setiap minggu pulang ke kampung, bulan untuk mengelak amanah yg terpatri..namun, aku harus mengisi ruang-ruang peti agar mereka mampu menjamah sesuap nasi.

Hanya dikau mengerti. Apa yg terbuku di hati..kerna dikau tempat aku meluah rasa.
Ya Allah, izinkan aku terus bersamanya...

BMD.

Thursday, 1 January 2015

AHLAN 2015

Semalan adalah kenangan..
2014 telah meninggalkan..
Hari ini adalah kenyataan..
2015, Ahlan..!

Bercerita tentang azam..banyak azam yang belum tercapai..namun banyak jalan yang telah membuat aku lebih matang..
Mungkin mereka akan kata, kenapa jalan ini yang ku pilih..jalan berduri penuh berliku..Namun, hari ini aku melihat hikmah di sebalik sebuah keputusan.
Dahulu, usai pengajian aku memilih untuk bekerja. Impian aku hendak berkerja di sektor kerajaan dan di daerah kuala Lumpur. Berdekatan kampus lama. Namun, untuk mencapai impian itu, aku mengambil masa hampir setahun setengah.. Lebih 4 kerja aku bertukar..suatu hari nanti aku ingin menulis panjang soal kerjaya..
Dan Alhamdulillah, penghujung tahun 2014 impian terlaksana. Meski bukan di sektor kerajaan namun, separa kerajaan pun Alhamdulillah.
Hari ini aku menginjak usia tiga..ya, usia semakin menua. Tahun ini azam lebih ringkas. Dan perjalanan hidup lebih teratur.

1. Membeli rumah sblm april 2015
2. Membeli kereta julai 2015 ( if dpt rumah bawah rm70 000)
3.Berat 45 kg
4.Sept 2015 daftar degree ( gadai dinar utk tanggung kos)

InsyaAllah..insyaAllah....insyaAllah..
Doakan aku ye...selesai 4 misi itu baru aku ingin mencari teman hidup..
Hoho.
Chaiyok Juwaeriyah!

Thursday, 25 December 2014

Bittaufiq wannajah ya zumalaaiyy

Sedar - tak sedar angka 3 bakal mendatang. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Adakah kita masih di takuk yang sama? Pastinya,Tidak!

Kalau dahulu mungkin aku dan kamu stay up sampai malam. Study  dan study.
Tapi hari ini. Kamu dengan dunia kamu. Aku dengan dunia aku.
Kamu tahu, nikmatnya hidup di universiti tidak dapat di cari ganti setelah kaki melangkah keluar dari pagar. Ada gelombang yang lebih besar menanti. Ada taufan yang bakal membaham andai tidak  mengelak.
Kalau mungkin hari ini kamu punya teman belajar, Wala budda, kamu harus belajar untuk tidak gagal. Namun, esok hari terserah pada kamu untuk hidup seperti apa dan bagaimana.

Kalau dahulu kamu mungkin bersemangat waja dalam perjuangan kerana ramainya tulang belakang. Namun esok hari kamu harus berdiri sendiri. Mengikut, atau melawan arus. Mahupun mengelak arus,Terpulang.

Kalau dahulu buku menjadi teman akrabmu. Kesana ke sini menghiasi peribadi. Namun jangan hairan  jika nanti kamu lansung tidak menjenguknya berbulan-bulan.

Kalau hari ini kamu merasa waktumu singkat, amanahmu memberat, namun esok hitunglah bilangan hari yang bakal di peruntukkan untuk diri sendiri.

Bicaraku ini bukanlah untuk menjadi inspirasi apatah lagi menasihati. Namun, aku cuma ingin berkongsi rasa dengan kalian betapa beruntungnya menjadi  'alim( orang yang berilmu).
Kerna denganya, campaklah ia ke laut menjadilah pulau. Campak ia ke darat menjadilah gunung.Campaklah ke udara, menjadilah awan.

Al islam A'ala wala yu'la Alaih, thumma syakhsiyah muslim khoiru min ghoirihi.

Kudoakan kalian memperoleh ilmu yang bermanfaat dan berjaya menjadi individu muslim yang cemerlang.
Di arena apa pun kalian khoiru min ghoirihi.

Wala syarqiyyah wala ghorbiyyah..Daulah2 Islamiyyah, maka kitalah pengisi kemenangan. Bil 'ilm faqod!

Takbir!

Ambil bola kalian, betulkan langkah..angkat tangan dan ayunkan dengan tepat. Strike!!

Tuesday, 23 December 2014

Hayya Bil 'Arobiyyah

Dalam banyak - banyak matlamat yang tercatat dalam diariku salah satunya boleh speaking arabic dan english.
Rasannya berbagai kelas dah pergi ( yang free je)..Dari ke kelas, radio, internet, wassup hingga ke rumah.

Kelas tu ofcoursela masa kat sekolah. Masa di universiti tak berpeluang ambil subject Bahasa Arab sebab tak di tawarkan.so sad. Kalau nak ambil sijil masih tak mampu.gaji cukup makan je..

Radio. Al kisahnya dulu aku ni buka radio 24 jam. Tapi Ikim jela. Tapi itu zaman dulula..zaman ikim menarik..sekarang...entahla..
Rancangan yang selalu dengar hayya bil Arabiyyah..dulu pukul 6.30 petang untuk isnin hingga jumaat dan pukul 8.30 pagi sabtu dan ahad.extually jam 6.30 tu ulangan. Al maklum aku kan pelajar sekolah masatu. Tapi seriously banyak improve vokab daripada rancangan tu. Dan pernahlah dengar sorang testimoni ni, die dengar program tu tiga tahun lepastu boleh speaking terus. Yang pasti bukan akula orangnya. Aku ingat lagi ustaz yang first handle rancangan tu ustaz Elfino Johari. Abang kepada ustaz erwan yang menjadi dj Ikim. Lepas je beberapa tahun ustaz dah bertukar. Terus rasa tak best. Eh, ni belajar sebab ustaz ke ape?

Internet. Like je lah pages belajar bahasa arab..tapi kalau dah buka fb tu confirmla tak belajar.heh.so jadi hiasan kat newsfeed je la.

Wassup( WhatsApp). Yang ni tak sampai sebulan. Mula - mula memang la syok. Terujalah katakan.lama-lama Fon asyik hang je ( group wassup banyak sangat) dan tak kira masa nak berborak. Kadang - kadang agak mengganggu terutama masa office hour. Last-last i left je la. Tapi kaedah ni sebenarnya bagus. Kata orang, memanfaatkan teknologi. Tapi mungkin ianya tak sesuai untuk aku.

Now, aku belajar Arab kat rumah orang area Taman Meawati. Nak di jadikan cerita dah lama dapat alamat tu. Tiba2 semalam baru tergerak hati nak pergi. Balik je kerja terus pegi sana. Seperti biasa, follow je gps. Setiba kat destinasi aku tengok rumah tengok alamat. Rasa macam mustahil. Tempat tu rumah Teres mewah. Tak pasti teres ke bungalow. Yang pasti design luar english punya style. Tiba2 dalam minda aku ni dah terbayang yang bukan2. Org jahat dlm rumahtula,bukan-bukan je..masa tu pula menghampiri maghrib. So akupun decide cari masjid. Mujur dekat je. Aku pun solatla dekat masjidtu yang diberi nama Masjid Al-hidayah.
Usai solat tanyala makcik yang solat kat situ. Dia kata die pun join kelas tu. Punyala excited aku tapi rupanya lain. Haha. Kelas makcik tu hari sabtu. Aku punya hari isnin dan tempat yang berbeza.Makciktu, orang syria yang mengajar.. So aku pun decide pergi jela rumah tu.Tawakkal.

Tak sangka, Allah permudahkan urusan aku. Ustaz tu terima aku dengan tangan terbuka. Walaupun die sangat curious macamana aku boleh sampai ke sini.
Pelajar sana  semua nampak golongan elite. Rasa rendah diri mula-mula. Tapi di sebabkan ustaz tu sangat humble dan peramah. Tak rasa kekok pun. Alhamdulillah. Yang pasti it's free...ahah..i like it.

Terima kasih Allah. Allah sangat tahu aku ni tak boleh beri komitmen kalau kelas sabtu ahad sbb aku ni kan family oriented. So, dapatlah kelas malam setiap isnin dan khamis.
Azamku, no ponteng kelas ye juwaeriyah!