Friday, 27 January 2023

2023

 2020 dan 2021 Tahun yang seakan tidak wujud dalam kalendar seorang insan. Kerana pada tahun itulah COVID-19 melanda dunia. Tup tup sudah 2022..End up 2023.

eh 2023?!

2023 usia sudah menginjak 31 tahun. Tidak pernah terbayang aku sudah seusia ini.

Yang pasti waktu sangat pantas berlalu.


Al-Waqtu Kassaif, Fainlam taqtho'hu Qotho'ak!


Tuesday, 20 April 2021

Ahlan

Ahlan 2021
Ahlan angka 29
Ahlan Rumah Impian
Ahlan wa sahlan

Kenapa tiba-tiba terbuka blog?
Biasalah, terkadang hati dijentik dengan sesuatu perasaan..
Gembira, sedih, kecewa itu lumrah kehidupan..

Dengan ini berakhirlah semua crush-crush aku dari zaman sekolah sehingga zaman universiti..

Let's start our new chapter.
Let's find the right one.
Oh Allah, give me the one.
who can love me unconditionally..
As i will love him..

Monday, 7 November 2016

Kegemilangan Sastera Melayu Kembali : Kapankah?

Blog yang kian lama terperam. Tangan yg sudah kaku menaip. Waktu yang sekian lama melaju. Seakan terlupa impian yang telah kian lama terpahat. Aku ingin menjadi penulis. Penulis yang memartabatkan bahasa terindah ini. Aku Melayu asli meski bukan Malaysia. Namun satu nusantara yang berkongsi bahasa dan adat resam meski berbeza sedikit cuma.

Tulisan ini hadir asbab seorang sahabat mengimbau kenangan dengan bertanya tentang novel Tenggelamnya Kapal Van Der Vick. Lantas kenangan-kenangan lama berlarian menjengah. 
Sewaktu aku di tingkatan tiga, perpustakaan adalah tempat wajibku kunjungi sebaik sahaja loceng rehat berdering. Riiing !! tidak mengapa tidak menjamah makanan, asal santapan mata itu kenyang.  
Kerna itu jualah, semasa aku di tingkatan 3 aku menjadi pasif, hanya berkawan dengan buku.

Tertanya. Sejak kapankah aku mencintai membaca?

Kisahnya begini. Aku suka sastera. begitu mencintainya. Tak terungkap dek kata. Lantas keindahan itu tak terucap dek bibir. Semasa aku di tingkatan 3, guru Bahasa Melayuku, Puan Noraha senantiasa berbicara ungkapan bombastik. Dan pernah meminta rakanku membaca karangan ku di depan semua pelajar kelas dan diakhiri dengan tepukan gemuruh pelajar kelas. Pastinya, hatiku berbunga-bunga. Semenjak itu jualah aku suka membaca novel sastera. Novel sastera yang penuh dengan bahasa yang indah. Bukan picisan semata. dan aku mengutip seberapa banyak ungkapan bombastik dalam novel yang kubaca itu. beitulah sejarahnya.


Kebanyakan novel yang kubaca merupakan pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Pernah aku berimpi untuk menghantar karya. Maklumlah, kalau menang aku bakal menerima honorarium. aku ni kan mata duitan. hehe. Semua yang mendatangkan hadiah atau duit aku suka untuk turut serta. Suatu hari nanti mungkin ada catatan AKU, IKIM dan Hadiah (Doakan semoga tangan ini rajin menulis)      

Berikut merupakan novel-novel yang telah ku khatamkan berulang kali. Maklumlah, ketika itu perpustakaan di sekolahku kecil cuma, buku pun tidak terlalu banyak. Sehinggakan aku mengkatamkan dua hingga tiga kali. Dan pernah ada senior menegur, kalau dia mahu meminjam novel pasti ada nama JUWAERIYAH BINTI AGUNG BIYADI...



Aku tidak begitu pasti buku yang mana yang ku baca. yang pasti cetakan lama yang tak terfikir diusiaku kala itu untuk menbaca. Namun, catatannya mempunyai seribu maksud tersirat.



Berikutnya pula, dengan buku-buku inilah aku mengenal insan ini. Mohd Faizal Bin Musa.
Walaupun semakin lama ku ragui akan statusnya. Namun keindahan tiulisannya tidak dapat kunafikan. Dahulu, beliau pernah menjadi juri yang menilai karya puisi di Majalah Dewan Siswa. Dan cerpen beliau pernah dimuatkan dalam Novel Ting. 5 dengan karya "Kerana Manisnya Epal"









Selain, itu, aku jua berkenalan dengan Zaid Akhtar melalui bukunya. Sehinggakan keana tulisannya, aku begitu kepingin untuk ke Jordan. Penangan tulisan nampaknya.






Novel yang membuatkan air mata ku bercucuran





Sekolah hidup yang bermaksud, kehidupan itu adalah sekolah dimana di situlah proses pembelajaran

Novel yang aku baca cuma bertajuk : priit!  namun di sebabkan yang ini yang ada dilaman google. Novel berkisar Bola Sepak. Walaupun aku tidak meminati bola, namun disebabkan ianya novel yang sangat unik maka aku tertarik untuk membacanya.



Novel yang berkisar seorang peguam. Locus standi merupakan istiah dalam guaman.




Novel yang diadaptasi ke dalam Drama yang jauh terpesong. Lokasi lakonan di UTMKL sewaktu kami sedang bergerak kerja dalam JKM. Teruja sikit. Tapi bila menontonnya, hampa.



Susah nak berjumpa dengan novel sebegini era ini. Kalaulah novel-novel sebigini di adaptasi seratus peratus ke dalam drama seperti novel picisan yang lainnya, ku kira pasti isinya setanding K-Drama. Eceh...

Semoga suatu hari nanti aku juga mampu menulis sebuah novel yang sarat dengan keindahan sastera melayu dan memberi ilmu kepada pembacanya.


Amieen..


Friday, 30 October 2015

Buku~Buku kehidupan di YU KEY EM

Sedar tak sedar hampir 5 minggu sis menjadi pelajar UKM separuh masa.
Alhamdulillah..
Sis ada belek-belek memori lama impianku..salah satunya masuk UKM dan UIA..
Sis sekarang sedang bekerja bawah IIUM Holdings dan pada masa yang sama menjadi pelajar UKM..bak kata Auditor, ada konflik disitu..Hiks.

Minggu ini sangat memenatkan..Setiap minggu sememangnya penat..
Setiap hari memikirkan duit..cukupke, Yuran macamana? haih..kadang-kadang rasa tidur tak lena memikirkannya. Maklumla, yuran belajarnya teramatlah mahal RM3200.00. 2 kali ganda dari gaji sedia ada. bila xde kelas sis mesti nak OT..nak tambah duit...Tak Cukup..huhuhuhu..kadang2 sis rasa nak buat part timr..tapi masa mana sis nak curi..tak pela..yang penting sis bekerja dengan jujur dan amanah..semoga gaji itu berkat..

Bercerita pasal kelas, kelas sis dari pukul 7 sampai 10 malam, selepas habis sahaja office hour, iaitu pada jam 5.30, sis terus ambil buku study untuk quiz dan assigment.. So rushing kan. Baru minggu ke empat dah ada kuiz dan assigment?? Yups..inilah Degree..bukan Diploma tau..

Apabila kita dah korbankan Wang, Masa, Tenaga untuk memperoleh segulung ijazah, pasti kita nak buat yang terbaik kan.. kadang2 sis menangis juga sebab tertekan, tapi Sis selalu diperlihatkan dengan orang yang lebih susah daripada sis..Mereka yang sudah mempunyai keluarga pun mampu belajar part Time, apatah lagi Sis yang bujang ni..Kerja Office memang berlambak, tapi sis bersyukur bukan bekerja di Audit Firm, pasti jauh lebih sibuk..

Seronok rasanya kembali ke alam kampus, rasa muda, rasa berilmu, hik..hik..ada rasa berlagak di situ..Astaghfirullah..Bila masuk kelas, lupa kerja2 sis yang berlambak kat office, serasa macam di taman2 syurga..cewaah..

Sis bersyukur dipertemukan dengan UKM, sebab sis dapat belajar subject yang diminati dalam bahasa melayu..series best (sis x berapa bijak dalam bahasa inggeris)..dan the most important things, Degree Perakaunan di UKM diiktiraf oleh MIA..MIA tu Malaysian Institute of Accountat..nak jadi Charted Accountant kan..hee..

Bercerita pasal pembahagian masa, salah satu sebab sis nak belajar during weekdays sebab sisi tak nak masa bersama keluarga terabai. Sis masih merempit setiap hujung minggu untuk balik banting..
Dan sis masih mengikut gerak kerja yang semampu sis..Yang semampunya sahaja..yang lain, minta maafla..huhuhuhu..

Ok.. Sekian corat-ceret sis di UKM..

Bercerita pasal SIS..kenapa Sis??

Alkisah minggu lepas, Division kami didatangi oleh Auditor2 muda..(jejaka)
tapi semuda2 diorang aku pasti aku jauh lebih muda daripada mereka..mereka panggil aku Puan..ok aku steady je..n some of them call me kakak..
hahaha..
aku biarkanjela..aku pun nak dihormati..hikhik..takdela diorng dapat ambil kesempatan dengan aku..
Walaupun mukaku berserabut dengan kedatangan diorng ni tapi aku rasa seronok..
Sebab banyak juga ilmu baru yang aku dapat..
Yang paling penting aku rasa terus bersemangan nak berkerja dengan lebih baik lagi,.

dan pada hari2 terakhir audit, kami pun berkenalan..
dan seperti yang dijangka..aku lebih muda..

yuhuhhuhu...

ohh, lupa yang mengaudit kami dari AFTAAS medium company yang dah ada banyak cawangan dan HQ die kat Sri Rampai je..
Sebelum ni yang mengaudit kami dari EY (Ernst & Young) Big 4la...

ok. pak guard pun dah datang..
so sis nak mengundur diri dulu..

Ila Liqa'~~~~~~~~~~







Tuesday, 21 April 2015

Lughatul Jannah

Laman sesawang yang sudah bersawang-sawang.
Lama meninggalkan.
Hari ini hendak bercerita tentang impian dan azam yang pernah kutanam saatku dibangku sekolah.

Azamku, boleh berbicara bahasa Arab dan mempunyai degree dalam bahasa arab.

Bukanlah aku sudah mencapai sepenuhnya impian itu. Cuma aku ingin bicara betapa cantiknya percaturan Allah terhadap hidupku.

Usai zaman persekolahan, aku ingin menyambung pelajaran dalam lughatul arabiyyah. Namun, rezeki tak menyebelahi. Aku tercampak ke bidang akaun.
Setelah bertahun2 menceburi bidang akaun, tidak sekelumitpun aku tidak memikiran tentang bahasa ini. Begitu cinta aku padanya. Namun, kekangan waktu, tiadanya pengangkutan dan kekurangan sumber kewangan membuatkan aku menolak tepi seketika hasrat itu.

Telah kunukilan di entry lalu tentang usahaku memdalami bahasa ini.

Sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan, mencari dan terus mencari kelas yang sesuai dengan rutinku.
Dan saat aku berpindah ke kuala Lumpur, tekadku menjadi padu. La budda, harus mencari kelas.

Dan akhirnya, Allah mempertemukan aku setelah 5 tahun, kelas yang sesuai dengan jiwaku. Masaku. Kewanganku.
Kelas pada malam hari bekerja. maka tidak mengganggu urusan hujung mingguku. Dan yang paling penting, it's FREE.

Lebih menarik lagi, niatku cuma mempelajari bahasa. Namun aku diajari jua setiap baris ayat kalamullah. Membantu pemahaman dan penghafalan Al quranku.Indah sangat!

Pernah, sebulan setelah aku mengikuti kelas, aku dimarahi kerana tidak menghafal fe'el .. Sehingga setiap kelas aku diattac. Ditegur. Sampai tak pergi kelas beberapa sesi.

Alhamdulillah, hari ini hampir empat bulan mengikuti kelas. Nahuku semakin baik. Al quran semakin faham. Vocabku semakin bertambah.
Meski aku pernah berimpi untuk membuka kelas, dengan mengajar bahasa ini kepada org lain pula, namun masih belum terlaksana. Mungkin, suatu hari nanti, aku menjadi mu'allimah kepada sicilikku nanti.
Doaku, semoga aku terus istiqamah.

Terima Kasih ALLAH!

Wednesday, 4 March 2015

Miss to Mrs

Semuanya bermula dari sebuah tragedi.
Tragedi aku dilanggar sebuah kereta yang tak dikenali.
Kala itu, aku ingin melihat tanah untuk dibeli.
Aku kata, inilah yang dikatakan musibah tidak berbau. Alhamdulillah meski aku dilanggar dengan agak tragis namun tidak seinci pun badanku tercedera. Motor kesayanganku pula yang menanggung derita.
Nikmat dalam ujian. Hamba Allah yang begitu baik hati mengangkat aku dari terbaring dan menghulurkan duit.Mengurangkan beban katanya. MasyaAllah..kala itu baru ku sedar, rahmat Allah begitu luas. Alhamdulillah.
Selepas kejadian itu, ramailah sahabatku menyuruh aku berumah tangga. Katanya, supaya ada driver.
Aku? Rasa nak tergelak pun ada.
Suami bukan driver, Isteri bukan hamba.eceh..
Mudahnya bercerita soal kawin, belum tentu kawin itu benda yang mudah.
Keesokan harinya, dapat panggilan dari kawan ummi. Keanehan menerpa benakku.Almaklum tiba-tiba sahaja. Rupanya dia sedang merisikku untuk anaknya.
Aku, entahla. Tidak berperasaan.
Nak tolak, takut. Takut nanti lama-lama jadi ANDALUSIA. Dan takut dengan hadith tentang amaran menolak pinangan org yang baik agamanya. Tapi, nak terima, memang aku tak bersedia.
Lantas aku pun minta tempoh. Katanya tunang dulu. Kawin tahun depanke.kalau aku bersetuju dia nak datang meminang pertengahan bulan 3 ni. Almaklum masa ni ayah aku ada di Malaysia. Jujur aku tak bersedia. Tunang? Ohh.. Ianya sebuah komitmen juga.
Jauh dilubuk hati seorang wanita pastinya ingin berumah tangga. Dan terkadang aku merasainya jua. Namun mengenang tanggungjawabku terhadap keluarga, cita- citaku, kehidupan yang bebas. Aku menjadi tak bersemangat untuk menukar title ku.
Aku bercerita tentang risikan ini dengan officemate, tiba-tiba dia kata.
"kau tak bersediaka, atau menunggu seseorang?"
Erm..
Mungkin.
Doaku, semoga jodohku sampai sebelum aku diangka 25.
Amiin ya Raab.

Thursday, 12 February 2015

KEHILANGAN YANG MENGHIDUPKAN

Malam itu, housemate berkata padaku.

"Jue, Tok guru tengah nazak" bicaranya sayu.
" Eh, bukan dah sembuhka?' Aku menyoal.
Diam. Sayu.
Segera aku menuju ke dapur, menyiapkan bahan masakan untuk keesokan hari.

"Jue!" Housemate menjerit ke arahku.
"Tok Guru dah meninggal." Sambungnya sayu.
Aku. Kelu.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiuun. Mengucap panjang.
Sepi.
Mataku mulai membasah.
Aku mematikan lampu dapur. Menuju ke tilam.
Entah kenapa. laju air mata ini mengalir.
Perasan apakah ini?

Aku menatap sepi handphonku. Burpusu-pusu mesej whatsApps masuk. Air mata ini mengalir lagi.
Lagi dan lagi.
Entah perasaan apa ini.
Aku tidak mengenal dekatnya. Apatah lagi berjumpa dengannya.
Namun, sosoknya begitu terkenal dalam kalangan kami ' Budak tarbiyyah'.

Kakek Tua yang telah di mamah usia. Namun perjuangannya tetap segar pada penglihatan kami.
Perjuangan tanpa mengenal usia. Perjuangan yang mengendahkan cacian nista. Di tolak tepi demi mendaulahkan kalimah Ilahi.

Tangisku kala ini kerana dua sebab. Perginya seorang Murabbi Ummah seta tangisku mengenangkan perjuanganku yang semakin kecundang.
Minggu sudah. Aku melepaskan taklifan yang terbeban. Kerana masaku yang sedikit berbanding tugas yang tergalas. Dan pernah terlintas di hati untuk berehat panjang dari gerak kerja Islami.
Membatukan diri dari gerak kerja kawasan.

Air mata mengalir lagi.
Ku pegang kejap kelopak mata.
Membaca newsfeed di Facebook menyebabkan air itu laju menuruni pipiku.



                                               Ya Allah, Rahmati dia. Ampuni dia.

Perginya di malam Jumaat. Penghulu segala hari. Lautan manusia mengiringi jenazahnya. Tanpa mengira perbezaan politik dan agama. Kebaikan dan keluhuran budinya semakin terserlah.
Sebak dan sayu turut dirasai di negara jiran.

Hidupnya murabbi berkisarkan perjuangan. Perginya murabbi di dalam perjuangan. Tapi aku, masih muda belia sudah berbicara PENAT?!

Maluku pada Allah. Maluku pada Rasulullah.



Sebuah Kehilangan yang mengidupkan. Menyiram hatiku dengan cahaya keinsafan. Tekadku satu. Berjuang dengan istiqamah. Ya Allah permudahkan urusan hamba.


Kalam seorang hamba,
Juwaeriyah
13.02.2015