Tuesday, 13 May 2014

Ada apa dengan Cinta??

Untuk pertama kalinya entry cinta..

Entah mengapa ramai juniorku yang merujuk dengan ku soal CINTA..

Meski aku pun belum pernah bercinta. (Bertepuk sebelah tangan itu biasa)..

Cinta dan suka kepada yang berlainan jantina bagiku fitrah.

Kerana hadirnya tanpa rela..

Tidak dipinta hadirnya dan tidak dibenci datangnya..

dan aku jua begitu...

Namun di saat fizikal dan emosi  ku yang tak bersedia untuk berumah tangga, aku dihinggapi lagi perasaan itu..

Allah... SAKIT!!!


kalau nak Tanya pasal hkum bercinta, mehla bace artikel ni ,

http://drmaza.com/home/?p=1729



Melihat teman-teman ku satu persatu melangkah ke "daerah baru" aku dihujani perasaan cemburu...

JELOUSNYA!!!!!


Rasa macam nak pegi pinang orang yang kita suka tu then kawin..haha...

childish..

Aku teringat pada satu kata-kata, entah status siapa,,

"jangan kamu ingin cepatkan perkahwinan, disebabkan orang disekeliling kamu sudah berkahwin."

Sentap kot.


Tu satu.


Tahukah kamu kenapa perasaan kita kepada golongan ajnabi (org asing aka ARRIJAAL) ni kuat???

contoh : gelas yang kosong bila diisi air, air itu akan memenuhi gelas tersebut...tetapi gelas yang penuh dengan air, bila diisi air pasti air yang baru itu akan melimpah keluar....


Dapat tak apa yang nak disampaikan..??

Maksudnya, Isikan hatimu dengan Cinta Allah, diri sendiri dan keluarga serta sahabat disekeliling mu...Nescaya bila cinta ajnabi itu dating tidak sesuai pada masanya, ia akan menendang balik..

Dulu aku nak sangat kawin awal. Jaga hati (KONON)

Tapi bila melihat kakak-kakak yang sudah berkahwin, aku jadi berfikir 10, 000 kali..

Tanggungjawab besar..

Tambahan kita adalah wanita.. Nak pergi sani sini susah, nak bercakap dengan org pun susah (bergurau senda)..

Dan aku jua belum yakin, adake orang yang dapat menerima aku seadanya.. Menerima keburukanku..kelemahanku...

Lagi-lagi bila difikir, aku harus mendengar arahan dia.. Adeh, lemah sungguh..(Ego tinggi)


saje letak picture ni teringat kat novel Sesegar Nailofar yang ditulis oleh Zaid Akhtar. Aku pernah berangan nak menyelit bunga dibuku dan hadiahkan kepada someone..haha...tapi takut kena tolak, nanti MALU..(sekarang muka tengah blushing)



Dan aku teringat pesan ketua NISA"..Kalau nak jodoh yang baik SOLAT MALAM JANGAN TINGGAL..

Sentap aku.

Dahla culas solat malam...

Macamana nak membina ummah ( anak2), kalau tiangnya goyah, atapnya rapuh????!!!

ohhh.....

dan aku tidak mahu lelaki yang inginkan aku kerana mengira aku ini baik..muslimah, solehah...

Kalaulah dibuka hijab keaibanku di depan manusia, pasti banyak manusia yang tidak mahu menghampiriku..

Allahuuu.....


Wahai hati.....tenanglah kamu...isikan selalu dengan kalam robMu..rintihlah pada TuhanMu...

jujur,, diri ini jua tersiksa dengan perasaan ini..namun minda ku, fizikal ku masih belum bersedia lagi...

dan aku, masih belum mampu mencintai Tuhanku dengan sepenuh hatiku...










2 comments: