Thursday, 25 December 2014

Bittaufiq wannajah ya zumalaaiyy

Sedar - tak sedar angka 3 bakal mendatang. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Adakah kita masih di takuk yang sama? Pastinya,Tidak!

Kalau dahulu mungkin aku dan kamu stay up sampai malam. Study  dan study.
Tapi hari ini. Kamu dengan dunia kamu. Aku dengan dunia aku.
Kamu tahu, nikmatnya hidup di universiti tidak dapat di cari ganti setelah kaki melangkah keluar dari pagar. Ada gelombang yang lebih besar menanti. Ada taufan yang bakal membaham andai tidak  mengelak.
Kalau mungkin hari ini kamu punya teman belajar, Wala budda, kamu harus belajar untuk tidak gagal. Namun, esok hari terserah pada kamu untuk hidup seperti apa dan bagaimana.

Kalau dahulu kamu mungkin bersemangat waja dalam perjuangan kerana ramainya tulang belakang. Namun esok hari kamu harus berdiri sendiri. Mengikut, atau melawan arus. Mahupun mengelak arus,Terpulang.

Kalau dahulu buku menjadi teman akrabmu. Kesana ke sini menghiasi peribadi. Namun jangan hairan  jika nanti kamu lansung tidak menjenguknya berbulan-bulan.

Kalau hari ini kamu merasa waktumu singkat, amanahmu memberat, namun esok hitunglah bilangan hari yang bakal di peruntukkan untuk diri sendiri.

Bicaraku ini bukanlah untuk menjadi inspirasi apatah lagi menasihati. Namun, aku cuma ingin berkongsi rasa dengan kalian betapa beruntungnya menjadi  'alim( orang yang berilmu).
Kerna denganya, campaklah ia ke laut menjadilah pulau. Campak ia ke darat menjadilah gunung.Campaklah ke udara, menjadilah awan.

Al islam A'ala wala yu'la Alaih, thumma syakhsiyah muslim khoiru min ghoirihi.

Kudoakan kalian memperoleh ilmu yang bermanfaat dan berjaya menjadi individu muslim yang cemerlang.
Di arena apa pun kalian khoiru min ghoirihi.

Wala syarqiyyah wala ghorbiyyah..Daulah2 Islamiyyah, maka kitalah pengisi kemenangan. Bil 'ilm faqod!

Takbir!

Ambil bola kalian, betulkan langkah..angkat tangan dan ayunkan dengan tepat. Strike!!

Tuesday, 23 December 2014

Hayya Bil 'Arobiyyah

Dalam banyak - banyak matlamat yang tercatat dalam diariku salah satunya boleh speaking arabic dan english.
Rasannya berbagai kelas dah pergi ( yang free je)..Dari ke kelas, radio, internet, wassup hingga ke rumah.

Kelas tu ofcoursela masa kat sekolah. Masa di universiti tak berpeluang ambil subject Bahasa Arab sebab tak di tawarkan.so sad. Kalau nak ambil sijil masih tak mampu.gaji cukup makan je..

Radio. Al kisahnya dulu aku ni buka radio 24 jam. Tapi Ikim jela. Tapi itu zaman dulula..zaman ikim menarik..sekarang...entahla..
Rancangan yang selalu dengar hayya bil Arabiyyah..dulu pukul 6.30 petang untuk isnin hingga jumaat dan pukul 8.30 pagi sabtu dan ahad.extually jam 6.30 tu ulangan. Al maklum aku kan pelajar sekolah masatu. Tapi seriously banyak improve vokab daripada rancangan tu. Dan pernahlah dengar sorang testimoni ni, die dengar program tu tiga tahun lepastu boleh speaking terus. Yang pasti bukan akula orangnya. Aku ingat lagi ustaz yang first handle rancangan tu ustaz Elfino Johari. Abang kepada ustaz erwan yang menjadi dj Ikim. Lepas je beberapa tahun ustaz dah bertukar. Terus rasa tak best. Eh, ni belajar sebab ustaz ke ape?

Internet. Like je lah pages belajar bahasa arab..tapi kalau dah buka fb tu confirmla tak belajar.heh.so jadi hiasan kat newsfeed je la.

Wassup( WhatsApp). Yang ni tak sampai sebulan. Mula - mula memang la syok. Terujalah katakan.lama-lama Fon asyik hang je ( group wassup banyak sangat) dan tak kira masa nak berborak. Kadang - kadang agak mengganggu terutama masa office hour. Last-last i left je la. Tapi kaedah ni sebenarnya bagus. Kata orang, memanfaatkan teknologi. Tapi mungkin ianya tak sesuai untuk aku.

Now, aku belajar Arab kat rumah orang area Taman Meawati. Nak di jadikan cerita dah lama dapat alamat tu. Tiba2 semalam baru tergerak hati nak pergi. Balik je kerja terus pegi sana. Seperti biasa, follow je gps. Setiba kat destinasi aku tengok rumah tengok alamat. Rasa macam mustahil. Tempat tu rumah Teres mewah. Tak pasti teres ke bungalow. Yang pasti design luar english punya style. Tiba2 dalam minda aku ni dah terbayang yang bukan2. Org jahat dlm rumahtula,bukan-bukan je..masa tu pula menghampiri maghrib. So akupun decide cari masjid. Mujur dekat je. Aku pun solatla dekat masjidtu yang diberi nama Masjid Al-hidayah.
Usai solat tanyala makcik yang solat kat situ. Dia kata die pun join kelas tu. Punyala excited aku tapi rupanya lain. Haha. Kelas makcik tu hari sabtu. Aku punya hari isnin dan tempat yang berbeza.Makciktu, orang syria yang mengajar.. So aku pun decide pergi jela rumah tu.Tawakkal.

Tak sangka, Allah permudahkan urusan aku. Ustaz tu terima aku dengan tangan terbuka. Walaupun die sangat curious macamana aku boleh sampai ke sini.
Pelajar sana  semua nampak golongan elite. Rasa rendah diri mula-mula. Tapi di sebabkan ustaz tu sangat humble dan peramah. Tak rasa kekok pun. Alhamdulillah. Yang pasti it's free...ahah..i like it.

Terima kasih Allah. Allah sangat tahu aku ni tak boleh beri komitmen kalau kelas sabtu ahad sbb aku ni kan family oriented. So, dapatlah kelas malam setiap isnin dan khamis.
Azamku, no ponteng kelas ye juwaeriyah!

Sunday, 14 December 2014

Nove Travelog Seorang Da'i ~ Satu muhasabah

Entah kenapa lately ni kurasa jiwaku kacau..
Mudah sangat berbuat dosa. Sehingga aku tidak merasa apa.
Astaghfirullah.Apa yang berlaku kepada diri Kamu ni Jue?!

Hari itu hari jumaat. Aku mengunjungi Tasik. Sudah lama aku tak kesana. Biasanya, aku menghabiskan saki baki al kahfi disana sehinggalah azan maghrib berkumandang. Usai sahaja solat maghrib aku bergerak ke bahagian belakang masjid.
Ditanganku ada buku Travelog Seorang Da'i..
Sungguh, sudah lama aku tidak membaca..

Kamu tahu, kerana lamanya aku menyepikan pembacaanku, aku tidak mampu menyampaikan meski sedikitpun mutiara2 hikmah.
Sehingga usrah hanya tempat aku mendengar bukannya berkongsi..

BUDAK TARBIYYAH YANG DAH REBAH

Dulu, aku di gelar budak tarbiyyah.
Budak 'tarbiyyah' yang kononnya syadid.
Mengimbau kembali membuat jiwaku seakan tidak mampu bernafas.
Rasa malu yang teramat.

Hari ini seakan aku mahu lari dari gelaran itu. Lari..lari sejauh mungkin..

Mungkin, ada yang merasa aku hampir futur...tapi ketahuilah, aku tak pinta pun perasaan itu..ia hadir tanpa aku sedar...

Teringat haritu masa usrah..sorang akak tu mention aku ni dulu budak tarbiyyah...dia minta aku share something..masa tu aku sengih je...
Dan aku kata, " tak da apa pun nak kongsi" full stop. Habis camtu ja..

Inilah aku hari ini.

Hari sabtu lepas aku ditugaskan menjadi ajk makanan utk kem smart solat. Aku jua di minta menjadi fasi tambahan di masa senggang.. Tapi kamu tahu.. Aku tak ambil port lansung pasal kem tu.. Yang aku tahu aku handle makanan sebaik mungkin. Sehingga aku merasa aku sorang je jadi ajk makanan. Tapi aku lebih selesa begitu dari involve sebagai fasi. Kamu tahu, perasaan aku lebih lapang begitu.

Kamu tahu, pernah aku nak cabut lari dari aktiviti nisa' sebab aku dah tak larat..ia terlalu berat. Dengan unit kebajikan yang aku handle lansung aku tak gerakkan.. Sehingga semasa meeting MB..unit aku sahaja yang tak berjalan.
Kosong.

Dan masa ditaklifkan menjadi ajk smart solat aku lansung tak hadir meeting. Hanya keep in touch dengan partner.
Kamu tahu, di saat aku menyarung stokin nak ke masjid muaz untuk kem itu, aku rasa berat sangat. Aku rasa tak nak pergi dan nak terus balik banting.
Tapi, aku tolak perlahan hasrat hati bila mengenangkan itu amanah.

Usai sahaja kem aku minta balik awal dan bergegas untuk balik banting.

Dipertengahan jalan..tiba mataku menangkap seorang makcik bersama seorang budak kecik menyorong troli besi yang agak sukar di jalan yang sempit akibat pembangunan..
Tiba aku teringat dialah makcik yang sudah lama aku ingin berjumpa.
Aku melihat jam 5.50 ptg. Aduh, aku pasti lambat. Berkira nak jumpa ke tak makcik tu.
" Mungkin ini je peluang Allah nak kasi aku jumpa makcik tu. Mana tau lepas ni aku tak dapat jumpa lagi".
Segera aku turun dari motor dan bergegas jumpa makcik tu.

Sedih rasa hati mendengar cerita duka dia.

Conversation aku dan makciktu

Aku : Assalamualaikum makcik. Makcik saya dah lama nak jumpa makcik.
Makcik : wa'alaikumussalam. Yeke.kenapa ye nak.
Aku: makcik saya dari Nisa' setiawangsa ( NGO) nak bagi sikit sumbangan utk budak masuk sekolah.
Makcik: owh ye ka. Alhamdulillah.haritu anak makcik dpt juga dari sekolah die. Tapi sbb sekarang die ada kat kelantan cikgu die tak bagi ambil baju tu. Tak pela takda rezeki. Makcik tak mampu nak bawa die balik sini.
Aku : yeke..makcik ada berapa org anak?
Makcik : Dua orang..seorang oku. Sorang lagi sakit.Tapi die ada anak 5 orang. Ni la yang makcik jaga.
Aku : minta maaf ye kalau saya nak tanya sikit. Ayah die ke mana?
Makcik : Ayah die dah bercerai.. Di ceraikan anak makcik masa tengah mengandung.
Aku : Masya Allah. Makcik, saya minta maaf ganggu masa makcik. Saya agak lambat nak balik kampung ni.Nanti papehal saya contact makcik balik ye.
Segera aku mencatat detail makcik tersebut dan bergegas untuk pulang.
Masa aku nak salam makcik tu, aku hulur sikit hadiah, makciktu macam nak menangis.dan dia kata ' maaflah susahkan anak' ayat makcik tu membuat aku rasa sebak. Dan makcik tu pesan kat aku. Doakan makcik diberi kesihatan yang baik ye nak.ya Allah..besarnya hati makciktu. Dia x pinta pun doakan cepat senang ke apa. Dia cuma pinta kesihatan yang baik untuk cari rezeki untuk anak dan cucunya!!aku salam dan peluk makciktu..sempat aku pesan kat adik. Belajar rajin- rajin ye dik.

Kamu tahu, buku travelog yang aku baca tempoh hari memberi satu suntikan pada diri. Sehingga aku mampu melihat hikmah- hikmah yang Allah nak tunjukkan padaku.
Kamu tahu kenapa aku sangat tersentuh dengan cerita makciktu?

Kerna.. Aku melihat ada persis cerita aku dan keluargaku. Seakan sama cerita sang Da'i yang kubaca itu.

Cerita aku. Cerita si Da'i dan cerita makcik itu.

Terima kasih Allah. Kalaulah kehidupan aku tidak seperti ini pasti aku tidak dapat menjiwai kesusahan insan hari ini.

Ya Allah semoga aku sentiasa menjadi seorang yang pemurah.

Wednesday, 3 December 2014

Jaulah Mahabbah @INGEN10US




(Baca dengan nada Syair)
Tersebutlah kisah~~~
Sebuah persahabatan~~~
Lahirnya dari sebuah impian~~~
Melihat Islam di serata alam.....

Ini Kisah kami INGEN10US..
Kenapa INGEN10US??? 

Sebulan lamanya kami merancang..
Daripada 13 orang menurun ke 8 orang.. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat kami..

Perancangan di susun lebih rapi dan akhirnya tepat jam 5.00 am 29 Nov 2014 kami berangkat ke ke lantan...bermulalah episode cinta muslimat gen 10...
Kami yang dari empat arah berkumpul di MH ( Macho House) selewat jam 11 malam 28 Nov. Aku menyambut ketibaan mereka yang kurindui dengan air tangan ku sendiri...
Tada......
It was delicious..seriously...hehe...air tangan aku kot..(Dah lama tak makan dalam talam dengan diorang!)

Usai sahaja mengisi perut kami bersama bertungkus lumus membalut hadiah...membuat reben..
Driver- Driver ku arahkan utk tidur supaya mendapat rehat yang secukupnya...
Dan pastinya aku tidak mampu tidur dek kerana terlalu excited ...
Yooohuuuu.....

Hadiah yang so sweet...

4.00 a.m..
Kami menuju ke kereta. Konvoi dua buah kereta...
Unexpected thing happens...you know what is it???
Guess...
can you imagine. Nak tolak semua kereta ni untuk keluarkan kereta  kami. Kalau tak cerdik kami kena tolak lebih berbelas-belas kereta..

Kereta kena block dengan tiga buah kereta di laluan perjalanan..
Kami berlapan mengeluarkan teori masing2..  Sambil-sambil ada yang terus bertindak menolak kereta dan mengangkat motor...

Pantas cik P menggunakan skill pemanduan yang cantik, mengeluarkan kereta dengan selamat... Jangan dilupakan tenaga muslimat yang gagah perkasa mengangkat motor dan cuba mengangkat kereta ( walaupun x terangkat)hohoho...

Tepat jam 4.45 kereta berjaya di keluarkan..



Gambate!!!!



Perjalanan bermula.....

Check point pertama kami ke masjid menghantar Nasi Arab kepada encik-encik yang mengidam dan kemudian kami menunaikan fardhu subuh di petronas...

Sempat lagi ambil gambar... ( semua muka...)
Langit yang gelap bertukar cerah...

perjalanan semakin panjang..

Jam 10.30.. Perut mulai berkeroncong...

Singgah sebentar di Kawasan Perhentian Benta..

Masih dengan Nasi Arab air tanganku..hohoho...
opps.......
Terlupa membawa pinggan...

Pantas menebalkan muka meminjam dengan kedai makan di kawasan tersebut...belila secawan dua air panas( bukan kedekut tapi jimaaaat)



Jam 11.30 tengah hari kami menjejakkan tayar di Gua musang..destinasi pertama ....
PETRON...
Ini sangat teruja...terasa dunia ana yang punya..hahaha....tulisan jawi di mana-mana...very excited...


Tepat jam1.00pm kami sampai di machang..menziarahi rumah sahabat + hemat diri di sana...
Bersama ibu sahabat
Jannah pun nak masuk juga...

Usai solat dan bersiap kami di hidangkan dengan bihun dan keropok ikan serta sos yang menjilat jari..( seriously sedap)..
Sehingga rasa nak tambah 3 pinggan tapi cik P pesan,  'save place'... Hoho...maka hasrat terbantut...

Jam 2.30 kami bertolak dan tepat jam 3.30 sampailah kami ke destinasi Utama..
Tanah Merah..

Snap puas-puas ( Ambil berkat)
Bersama pengantin

Pakat ambil berkat

Dapat merasa hidangan special

Impian terlaksana..eceh..


Disebabkan we all lambat tak dapat snap pic dengan baju ni.so sad..


Saatnya perpisahan...


Perempuan dan shopping tidak dapat dipisahkan..

Destinasi seterusnya, Pasar Bukit Bunga..
Are you ready?? Let's shopping..!!
Rambang mata
Pilih jangan main beli je tau..
Singgah tiga kedai semata- mata nak memenuhi hasrat cik J dan cik W




Hasil tangkapan..amacam?


Jam 7.00 malam..kami bertolak ke jengka..
Selamat Tinggal kelantan..Hopefully i will go there again..

Perjalanan ke jengka..perjalanan yang amat mencabar..( aku tidak pasti ingin diulangi mahupun tidak)..
Jalan yang berliku, ditambah pula dengan lampu jalan yang hidup segan mati tak mahu..lori2 yang rakusnya berjalan serta pepohon-pepohon sepi di tepian jalan membuat suasana lebih suram..

Destinasi kami felda sri pagi Jengka 17..(Gambar di ambil pada waktu pagi)

Punya excited tangkap gambar..Sehingga sanggup berhenti ditengah-tengah jalan..Padahal bersusun kereta di belakang..hahaha..

Tepat jam 12.30 kami tiba di rumah sahabat...ketibaan kami bersama-bersama sahabat lain dari destinasi yang lain..
Kami dihidangkan dengan ubi goreng ( x pasti ubi apa) bersama air teh..mata yang layu tidak menjadi dek ralitnya makan..

Pagi usai menunaikan fardhu subuh kami bersiap utk meneruskan agenda terakhir, Walimah murabbi dan Murabbiah...
Jam 8.00 pagi kami dihidangkan dengan nasi goreng bersama ayam masak merah dan keropok losong serta ba'wan( aku je panggil nama tu).
Tuan rumah sangat menjaga perut kami..hihihi...
Majlis bermula sekitar jam 12..



Rumah En. Shamsuddin

Bersama Tuan Rumah


gen 9,10,11
Meninggalkan jengka 17

Terlalu awal bersiap maka kami bersepakat berjalan ke Gunung Senyum sekitar 30-40 minit dari kediaman..
Pada mulanya kami berhasrat untuk mendaki gua yang tidak pernah kami naiki..
Namun di sebabkan mengejar masa dan takut pakaian busuk dek bau kelawar, hasrat di batalkan..

Ini Gunung Senyum

Snap lagi dan lagi..
Menunggu mereka yang sudah memasuki gua. Kami tak nak masuk..Busuk..

Sambil menunggu, apa lagi..

Kau rasa kat mana lagi kita nak snap pic?


Weyh..aku rasa kat sini cantik..

Aku pun rasa macamtu..


So, apa lagi bergambar yuk!
Sempat lagi beli kek. Birthday bulan 12

Let's eat

Nama sama orang yang berbeza


Saatnya meninggalkan gunung senyum

Ingatkan tanah yang boleh dipijak..rupanya paya yang ditutupi dengan lumut. Mujur x terpijak..Kalau tak ada tragedilah disitu..



Jam 1.30 kami tiba di walimah Murabbi dan Murabbiah..

Perkara pertama snap pic dulu..


Semua nak ambil berkat.Except yang menangkap gambar...haha

Terserempak dengan adik usrah

Eh jumpa Juwaeriyahouse la..ahah..

Minta snap sikit bersama cookies

Door gift

Keluarga besar UTMKL

2.45 petang...detik yang memilukan..perpisahan yang sementara cuma...pertemuan yang dirasakan singkat..singkat...Namun apakan daya dek tanggung jawab dan tuntutan kerja yang pelbagai...kami berpisah...
Saga menuju Kuala Lumpur...Myvi menuju johor bahru..

Berjanji kami..bakal bertemu lagi di walimah yang seterusnya..

Air itu ibaratnya kami(muslimat) meski kelihatan lembut dan tenang, sekali ia menghempas, batu jua mampu terburai...Air itu ibaratnya perjuangan meski ada yang menghalang ia pasti takkan berkekalan...pasti akan ada lubang yang membuatkan ia terus mengalir..mengalir dan mengalir...ke merata sungai..
Perjalanan yang semakin hambar dek kesedihan akibat perpisahan...
Dikhabari pula dengan MCG yang telah jatuh sakit...ada risau di benak kami...
Semoga MCG cepat sembuh ( Besar jasanya pada kami)
Jam 8.00 malam saga tiba di subang manakala jam 11.00 malam myvi tiba di Skudai...
Maka, episod cinta berakhir disini... akan ada lagi episod yang lain, cuma saat dan ketika yang masih tidak pasti...
Ila Liqa wa Ma'assalamah ya Zumalaaiyy..

Jumpa di Banting pula...

Ehhh? >.<
Jeng..jeng..jeng...Who will be next?