Sunday, 14 December 2014

Nove Travelog Seorang Da'i ~ Satu muhasabah

Entah kenapa lately ni kurasa jiwaku kacau..
Mudah sangat berbuat dosa. Sehingga aku tidak merasa apa.
Astaghfirullah.Apa yang berlaku kepada diri Kamu ni Jue?!

Hari itu hari jumaat. Aku mengunjungi Tasik. Sudah lama aku tak kesana. Biasanya, aku menghabiskan saki baki al kahfi disana sehinggalah azan maghrib berkumandang. Usai sahaja solat maghrib aku bergerak ke bahagian belakang masjid.
Ditanganku ada buku Travelog Seorang Da'i..
Sungguh, sudah lama aku tidak membaca..

Kamu tahu, kerana lamanya aku menyepikan pembacaanku, aku tidak mampu menyampaikan meski sedikitpun mutiara2 hikmah.
Sehingga usrah hanya tempat aku mendengar bukannya berkongsi..

BUDAK TARBIYYAH YANG DAH REBAH

Dulu, aku di gelar budak tarbiyyah.
Budak 'tarbiyyah' yang kononnya syadid.
Mengimbau kembali membuat jiwaku seakan tidak mampu bernafas.
Rasa malu yang teramat.

Hari ini seakan aku mahu lari dari gelaran itu. Lari..lari sejauh mungkin..

Mungkin, ada yang merasa aku hampir futur...tapi ketahuilah, aku tak pinta pun perasaan itu..ia hadir tanpa aku sedar...

Teringat haritu masa usrah..sorang akak tu mention aku ni dulu budak tarbiyyah...dia minta aku share something..masa tu aku sengih je...
Dan aku kata, " tak da apa pun nak kongsi" full stop. Habis camtu ja..

Inilah aku hari ini.

Hari sabtu lepas aku ditugaskan menjadi ajk makanan utk kem smart solat. Aku jua di minta menjadi fasi tambahan di masa senggang.. Tapi kamu tahu.. Aku tak ambil port lansung pasal kem tu.. Yang aku tahu aku handle makanan sebaik mungkin. Sehingga aku merasa aku sorang je jadi ajk makanan. Tapi aku lebih selesa begitu dari involve sebagai fasi. Kamu tahu, perasaan aku lebih lapang begitu.

Kamu tahu, pernah aku nak cabut lari dari aktiviti nisa' sebab aku dah tak larat..ia terlalu berat. Dengan unit kebajikan yang aku handle lansung aku tak gerakkan.. Sehingga semasa meeting MB..unit aku sahaja yang tak berjalan.
Kosong.

Dan masa ditaklifkan menjadi ajk smart solat aku lansung tak hadir meeting. Hanya keep in touch dengan partner.
Kamu tahu, di saat aku menyarung stokin nak ke masjid muaz untuk kem itu, aku rasa berat sangat. Aku rasa tak nak pergi dan nak terus balik banting.
Tapi, aku tolak perlahan hasrat hati bila mengenangkan itu amanah.

Usai sahaja kem aku minta balik awal dan bergegas untuk balik banting.

Dipertengahan jalan..tiba mataku menangkap seorang makcik bersama seorang budak kecik menyorong troli besi yang agak sukar di jalan yang sempit akibat pembangunan..
Tiba aku teringat dialah makcik yang sudah lama aku ingin berjumpa.
Aku melihat jam 5.50 ptg. Aduh, aku pasti lambat. Berkira nak jumpa ke tak makcik tu.
" Mungkin ini je peluang Allah nak kasi aku jumpa makcik tu. Mana tau lepas ni aku tak dapat jumpa lagi".
Segera aku turun dari motor dan bergegas jumpa makcik tu.

Sedih rasa hati mendengar cerita duka dia.

Conversation aku dan makciktu

Aku : Assalamualaikum makcik. Makcik saya dah lama nak jumpa makcik.
Makcik : wa'alaikumussalam. Yeke.kenapa ye nak.
Aku: makcik saya dari Nisa' setiawangsa ( NGO) nak bagi sikit sumbangan utk budak masuk sekolah.
Makcik: owh ye ka. Alhamdulillah.haritu anak makcik dpt juga dari sekolah die. Tapi sbb sekarang die ada kat kelantan cikgu die tak bagi ambil baju tu. Tak pela takda rezeki. Makcik tak mampu nak bawa die balik sini.
Aku : yeke..makcik ada berapa org anak?
Makcik : Dua orang..seorang oku. Sorang lagi sakit.Tapi die ada anak 5 orang. Ni la yang makcik jaga.
Aku : minta maaf ye kalau saya nak tanya sikit. Ayah die ke mana?
Makcik : Ayah die dah bercerai.. Di ceraikan anak makcik masa tengah mengandung.
Aku : Masya Allah. Makcik, saya minta maaf ganggu masa makcik. Saya agak lambat nak balik kampung ni.Nanti papehal saya contact makcik balik ye.
Segera aku mencatat detail makcik tersebut dan bergegas untuk pulang.
Masa aku nak salam makcik tu, aku hulur sikit hadiah, makciktu macam nak menangis.dan dia kata ' maaflah susahkan anak' ayat makcik tu membuat aku rasa sebak. Dan makcik tu pesan kat aku. Doakan makcik diberi kesihatan yang baik ye nak.ya Allah..besarnya hati makciktu. Dia x pinta pun doakan cepat senang ke apa. Dia cuma pinta kesihatan yang baik untuk cari rezeki untuk anak dan cucunya!!aku salam dan peluk makciktu..sempat aku pesan kat adik. Belajar rajin- rajin ye dik.

Kamu tahu, buku travelog yang aku baca tempoh hari memberi satu suntikan pada diri. Sehingga aku mampu melihat hikmah- hikmah yang Allah nak tunjukkan padaku.
Kamu tahu kenapa aku sangat tersentuh dengan cerita makciktu?

Kerna.. Aku melihat ada persis cerita aku dan keluargaku. Seakan sama cerita sang Da'i yang kubaca itu.

Cerita aku. Cerita si Da'i dan cerita makcik itu.

Terima kasih Allah. Kalaulah kehidupan aku tidak seperti ini pasti aku tidak dapat menjiwai kesusahan insan hari ini.

Ya Allah semoga aku sentiasa menjadi seorang yang pemurah.

No comments:

Post a Comment