Wednesday, 24 September 2014

Nasi Bukhari Seribu Senyuman


--Pabila master chef tiada di dapur----

Ceritanya bermula tatkala master chef tiada dan menyerahkan segala tugasan kepada pembantu chef untuk memasak nasi bukhari..

Memasak nasi bukhari bukanlah semudah yg disangka....

Segala rempah dan ayam sudah ditumis...dan telah diletakkan ke dalam periuk nasi...
Beras di tanak...40 minit berlalu..beras
memasak separuh...
pembantu-pembantu
mengmbil inisiatif mengaduknya...tidak mahu meletakkan air lagi..takut kelembikan...periuk ditutup...

Periuk dibuka...beras tidak jua memasak
sepenuhnya...buntu....
"Kurang air kot.." bicara salah seorang
pembantu..
Air dimasak dan dicurahkan ke dalam periuk
dan periuk ditutup...
5 minit buka lagi...tetap tidak memasak..buntu.
..
Tiba-tiba datang engineer to be dan berkata...
"Let me solve the problem" nada berlagak disitu..
"Air..kena tambah air ni...api kena besar...and bla..bla...bla..."bebelnya...
"api besar??? Hangitla"...
"Tengok dulu...ini engineer..."ujarnya....
Dan si engineer berborak dengan sahabatnya...
"Hangitla..."
"relax...ini engineer" bicaranya.
Tiba-tiba dapur kecoh...nasi telah hangit...
Orang dah kata...
Teori x menjadi....
Tiba2 datang tetamu dari tingkap..membawa
teori baru..letak air banyak-banyak dan masak dengan api perlahan....
Kami pun mengikut arahan...
Si engineer to be dan sahabatnya pun berlalu...

10 minit...nasi tidak jua memasak....
Buntu...

Datang engineer to be versi dua....
Kukus...disuruh kukus pula...namun tiada 
Pengukus....
Lantas disuruh masak guna periuk kecil dengan
ditambah air lagi...sambil itu dia berlalu
pergi....
Kami pun bermusyawarah....takkan nak berdiam
diri..must to do something...
"mungkin ayam ni menyerap air.." ujar salah
seorang pembantu...
Mungkin...
Jom asingkan ayam dengan nasi....

Seketika kemudian....
Datang engineer to be versi dua membawa teori
dari kampung...kukus versi traditional....
Periuk besar yg mengandung air..diletakkan
besi rendah...letakkan dulang dua tingkan yg
tiangnya gelas kaca....
Teorinya...jangan buka penutup periuk sebelum
20 minit berlalu....
Pembantu-,pembantu harus keluar...jika tidak,
pasti.ada tangan yg gatal kan membukanya....
Sebelumnya...nasi direnjis dengan air supaya
sedikit lembap...
20 minit berlalu...nampak.macam
berhasil...tapi tatkala dirasa...nasi tidak jua memasak...
di tambah lagi 10 minit...dan
mengharap nasi memasak....

Namun...nasi tidak jua memasak
sepenuhnya...jam sudah 1.30 petang...perut
harus diisi....
Alhamdulillah..sampai kini...perut tidak
meragam..
Untuk kem terakhir ni hari yg terakhir..ADA
pula cerita yg terukir..
Sejarah yg x pernah terjadi sebelum-sebelum
nya...

Sedap nasi tu....

27 Jan 2014

Hari ini banyak teori yang sudah terungkai..
1. Cara masak nasi guna dapur, buka api besar nasi jangan ditutup sampai air hampir kering, kecilkan api dan tutup.

2. Kalau nasi tak masak, letak mangkuk kaca/ besi dan curahkan air panas dan letak ditengah- tengah nasi.

2. Letak air panas banyak-banyak dan tutup.

4. Nasi bukhari / tomato air mest kena lebih.tidak boleh kurang.

INGENIOUS terbaik!!

Kau KaWaN, SaHaBat dAn TeMaN

Pertemuan Pertama..Aku tidak dapat mengingati kapankah ia.
Cuma yang aku pasti pertemuan kami di daerah misteri, sunyi dan sepi..Namun daerah itu yang memberi seribu ketenangan diberi nama, SURAU...

Aku mahasiswa baru yang janggal dengan kehidupan kemahasiswaan..

Perkenalan kami dimulai dengan satu kursus yang aku sertai XPDC Kembara Mahasiswa anjuran PMI. Yang dia merupakan Fasi.
Kembara yang sungguh bererti membawa aku mengenal Asalku, mengenal Rabku. Merenjis pepohon layu di taman hatiku.

Lantas, perjalanan kami diteruskan tatkala aku mengikuti Kursus Kepimpinan Kediaman Siswa Jaya. Kursus yang jua dia menjadi fasinya. Menerbitkan rasa selamat di kolam hatiku lantaran kehadirannya. Tatkala kursus yang tidak bercorak islam yang ku hadiri. Gusar.

Aku yang sendiri di alam kampus, tanpa siapa yang memantau aku. Tingkahku. Solatku.
Dan aku bermasalah untuk menjaga fajarku berjemaah.

Sedang aku mengerti akan hadith,

“Sesiapa yang solat isya’ dalam jamaah maka seoalh2 ia bangun separuh malam. Sesiapa yang solat subuh dalam jamaah maka seolah2 ia solat sepanjang malam.”
- HR Muslim -

Dan aku yang susah bangun tahajjud, bukankah ia satu kegembiraan??

Dan aku mengadu pada dia,

" Ukhti, bantu aku."

Sungguh aku terharu, kala biliknya diaras tiga, setiap hari jam di angka 5 dia akan naik ke bilik aku yang di aras lima untuk mengejutku. Bangunkan aku dari keasyikan lena. Setiap hari tanpa henti. Sehingga aku mampu bangkit sendiri.
Dan mampu mengejut yang lainnya pula.

Besar jasamu ukhti dalam mentarbiyyah jiwaku..Meski kala ini kami berpisah beribu batu, nasihatnya, kata-katanya jua yang aku cari. Kala aku bermasalahan, bergaduh dengan insan. Kala aku memengang amanah yang tak mampu terpikul, kepada dia aku mencurah rasa.

Kala aku berjatuhan, di himpit seribu satu rasa, dia jua yang menghulur tangan. Sehingga mampu aku bangkit kembali.

Kala aku gusar dalam mentarbiyyah insan, dia mengirim kata,

" Ukhti, hati ini milik Allah. Yang membolak balikkan jua Allah. Mintalah kekuatan dari Allah dalam setiap urusan. Dan kamu, lihat pada bulan. Bulan itu tidak indah. Yang mengindahkannya adalah mentari. Dan kita. Yang mengindahkan kita, adalah iman dan Islam".

Buat ukhtiku sayang ( hik, geli rasa),

Selamat maju jaya Siti Nadiah Haji Ismail..

Kejayaan dan kegagalan adalah ujian. Menguji sejauh mana keikhlasan..

Selamat maju jaya PRKUTM..^_^

#Vote4Nadiah4FKE

Sunday, 14 September 2014

10 Buku Yang Mempengaruhi Saya

1. Islam di Spain dan Sicilie
- Saya tidak berapa ingat tajuk dan penulis buku tersebut. Tapi saya baca buku itu sewaktu saya tingkatan dua. Pelik juga apabila saya membaca buku genre sejarah dengan penuh minat meski buku tersebut sudah usang dan menggunakan kertas coklat. Yang pasti selepas membaca buku tersebut, saya menanam impian untuk ke spain dan membuka minda saya untuk bercinta dengan sejarah.

2. Detektif Indigo
Buku tersebut nipis sahaja. Penulisnya Faisal Tehrani @ Mohd Faizal Bin Musa. Buku ini adalah pemenang- peemenang Utusan Publication and Distribution. Genre Novel yang mempunya gaya bahasa yang cukup indah serta gaya cerita yang amat menarik. Sejak membaca novel ini semasa ditingkatan tiga, memang perpustakaan menjadi tempat utama aku ingin pergi tatkala loceng rehat berbunyi. Semenjak membaca buku- buku utasan, penulisan aku dalam bahasa melayu semakin membaik sehingga mendapat pujian cikgu. Dan sehingga kini. Terima Kasih Utusan!

3. Sesegar Nailofar
Novel yang berlatarkan Jordan. Selepas membaca buku ini sungguh aku tertarik untuk kesana. Dan sehingga kini azam itu terpahat kuat. Meski masih belum mampu ke sana. Penulisnya Zaid Akhtar. Seorang Cikgu.

( Setakat ini dulu. Gambar akan menyusul kemudian. Kena log in guna lappy)

Wednesday, 10 September 2014

Kematangan dalam Persahabatan

Dalam persahabatan pun ada kematangan??

Persoalan.
Jawapannya, Ya.

Persahabatan itu mencatumkan hati.

Saya teringat pada bait lagu Tan Sri P. Ramlee, " Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"

Lidah merupakan anggota yang paling dekat dengan gigi.. Sebab itu ianya selalu tergigit.. Agak-agak tangan kita selalu digigit ke tidak?
Pasti tidak pernah. Melainkan orang lain yang menggigitnya.

Jadi, namanya bersahabat...sahabat yang paling dekat dengan kita adalah orang yang paling cepat terasa dengan kita.
Biasanya ia berlaku sebelum tempoh kematangan sebuah persahabatan.

Apabila sampai kepada tempoh kematangannya, terasa- terasa, feeling- feeling, itu semua bagai angin lalu sahaja.

Trust me. Saya pernah lalui semua itu..:)

Masih ingat lagi cerpen Cerita Aku dan Dia ?? Sebenarnya disebalik kebisuan Dia, ada cerita yang baru kuketahui setahun selepas cerita itu.

Rupanya Dia cemburu dengan aku yang asyik dengan rakannya. Lantas membuat janji palsu untuk bertemu. Sedangkan ia sedar saat itu. Ingin menduga aku semata.

Hahaha.. Tergelak aku mendengar cerita Dia. Sangkanya aku akan marah..

Tapi jujur, sekelumit pun tiada amarah.

Kerana kala ini kami berjauhan. Umur pun semakin berkejaran. Rugi rasanya manghabiskan usia persahabatn dengan amarah yang tidak berkesudahan.

Lantas, aku teringat pesan murobbi, kalau dengan rakan sebilik pun asyik bertengkar, ada hati nak berumah tangga. Heh!

Persahabatan jua latihan komunikasi kita bersama bakal imam kita tau. Kalau dalam persahabatan tiada yang nak beralah, kita harap pasangan kita nanti nak beralah? Tentu tidak.
Masing - masing menunjuk ego.

Tapi, cubalah kita berfikir sejenak.. Seandainya cerita Aku dan Dia berakhir dengan perpisahan kami yang panjang di dunia. Pasti Aku akan menyesal tidak berkesudahan.
Siapa tahu? Ajal maut ditangan Allah bukan?

Lantas, jangan buang masa. Hulurkan tangan mu pada si dia. Meski tangan mu tidak bersambut, mungkin nanti suatu ketika tanganmu tempat dia berpaut.

Teringat rukun ukhuwah yang sentiasa meniti dibibir kita...
Saya boleh katakan, jika tidak lengkap ketiga- tiganya, persahabatan kalian masih belum di aras kematangan..

" Zirru ghibban tazdad hubban"

:)     :)    :)    


Bicara jarum

Gelita malam yang sepi,
Cengkerik girang bermain bunyi,
Rembulan indah dipagari,
Bintang bergemerlapan menghiasi,
Mencorak lelangit sunyi.

Kain putih membentangkan diri,
Menanti untuk dihiasi,
Sepasang baju indah nan misteri,
Bakal menyatu si dua hati.

Jarum masih menanti,
Apakah benang itu sudi,
Bergandingan menghiasi,
Kain yang sendiri.

Kini jarum masih sendiri,
Menanti,
Menanti,
Langkah menjadi mati.

Bicara kain persiapkanlah diri,
Pertajamkan skill sendiri,
usah jatuhkan maruah diri,
Yang nantinya menyesal sendiri.

Kini jarum berlarian sendiri,
Menajamkan diri,
Agar nanti saat benang bertandang,
Diri tidak kecundang.

11/9/14

Saturday, 6 September 2014

Aku dan Dia

Hari yang penat. Baru sahaja selesai catering.. Tapi mata tidak mahu lelap....ada rindu yang bertandang....

Entry 10 buku dan novel cik Jarum dan en. Benang tangguh dulu akibat kesibukan yg membadai....

Semalam my birthday.....

Ada org belanja western food ( kak Nadia)
Ada org buatkan cheese cake ( kak su)
Ada org belikan red velvet ...yummy!!! Suka sangat ( kak syu)
Ada org bagi tudung ( yati and atin)

And.....

Ada org buatkan aku sajak....

Ini sajaknya...terharu baca,,,,,,,,, :')

Aku sangat merindui saat itu
ketika kita selalu bersua
saling berkongsi duka dan tawa.

aku terlalu merindui saat itu
ketika kita bermain bersama
bertepuk tampar bertukar bahagia
setiap cubitan mehangatkan jiwa
rindu terubat tersenyum gembira

aku terlalu merindui saat itu
ketika aku dihimpit duka
ketika aku diuji DIA
ketika terasa airmataku kau seka

aku terlalu merindui sangat itu
apabila kau marah kita berjauhan
surat dan mesej menjadi kiriman
segala kiriman kini ku simpan
tinggal kenangan menjadi tatapan
tika keseorangan dihiris kerinduan

aku takut disuatu saat nanti
ketika salam tiada lagi berjabat
ketika tawa tiada lagi bersambut
ketika senyuman tiada lagi berbalas
ketika bicara tidak lagi terdengar
ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.

aku takut disuatu saat nanti
ketika yg dekat terasa asing
ketika yg jauh makin menyepi
ukhuwah hanya semudah memetik jari
gusar pudar manisnya nanti...

biar kamu penat mendengarnya..
asalkan aku sempat meluahkan
aku sayang kamu selamanya...

And dia selalu mengimbau cerita kami...cerita kami dahulu....
Cerita aku dan dia,,,,,,,

CERITA AKU DAN DIA
Aku dan dia terkadang rapat, dan adakalanya
bermasam muka..namun biasanya kami suka
memendam rasa..sehingga terkadang aku
bertanya,,mengapa begini persahabatan kita???
Satu hari dia mesej aku..dia kate nak bawa aku kat
tempat yang paling dia suka sangat..mase tu aku
rase seronok sangat…dan bile dah sampai mase
yang di janjikan..aku tunggu die..tunggu dan
tunggu…hampir sejam…lepas tu, aku terjumpa
sahabat dia, dan aku tanye, ada Nampak dia
tak..??
“tak de pula kak” jawabnya..
Mase tu aku rase marah sangat..aku paling tidak
suke menunggu..uhh..benda yang paling aku
benci..apatah lagi bila orang mungkir janji..lagila
aku rasa nak mengamuk…
Mase tu memang aku dah mengamuk..kesian kat
sahabat die..tempat aku terkadang melepaskan
geram..Mase tu aku update status..
Lepas tu, hampir seminggu juga la aku dan dia
tidak bersua..dan tidak bercakap lansung..sahabat
aku kate, mengalah je la…kau kan lebih tua…
Aku seperti biasa..EGO melampau…aku kate, aku
tak nak cakap dengan dia selagi dia tak nak minta
maaf dengan aku..
Dia pun sebenarnya EGO juga…tak nak minta
maaf..
Hampir seminggu lamanya kami memendam rasa
sendiri…
AKU DAN DIA SAMA SAHAJA..
Satu hari, ada sahabat kami buat perjumpaan
tergempar..masa tu kami diminta buat tazkirah 2
minit..
Sampai giliran dia…dia kata, teringat kata-kata
seorang ukhti..persahabatan itu seperti lauk..ianya
takkan sedap kalau hanya ada manis saja…
terkadang kena letak sikit garam, cili or
everything..
Begitu juga dalam persahabatan….
Aku tersentap tiba-tiba..ya, surely aku memang
terasa…ayat tu yang aku kongsikan dengan dia
dulu..
Usai solat subuh berjemaah..tiba-tiba dia
menghampiri ku..
“Akak, rindu..”Ucapnya..
Kelu….
“Akak saya minta maaf”..
Aku diam..
“ saya tau, saya salah..saya minta maaf kak…”
Aku senyum…
Kami menjadi seperti dulu…
Sebulan selepas tu, kami berpisah..menuju haluan
masing-masing…dia dengan tugas dia..dan begitu
jua aku…
Satu hari aku turun KL..ada urusan, dan aku ambil
kesempatan nak jumpa dia..tapi, rupanya dia sudah
pulang ke rumah..tak pasal-pasal..ingatkan nak
bagi surprise..last-last aku yang kna balik…
Sahabat die kate..die balik sekejap saja…
Aku pun menantinya…tapi hari semakin gelap dan
aku terpaksa pulang…nanti sampai rumah lewat
pula…
Malam tu aku call sahabat dia..aku tanya, “dia dah
sampai…??”
“Sudah.akak nak cakap dengan dia??” Soalnya..
“Eh, tak pelah..dia mesti penatkan..bagi dia rehat..”
Jawaku..
Keesokan harinya…semasa aku sedang berkerja,
aku tidak perasan ada mesej masuk..
Dia mesej..
DIA : Akak free tak sekarang ni???
Sejam selepas itu baru aku baca mesej tu..
Then aku call dia..
Macam biasa..dia takkan angkat..
Sampailah keesokan harinya, aku cuba call dia
lagi…
…….
Petang tu aku buka FB..tiba-tiba dia like aku punya
status..six hours ago…then aku tulis something kat
wall die…I hope she will reply..
Tiba-tiba…sahabat dia mesej aku…
“Akak, saya takut..takut sangat..”
“tajut apa??” soal ku..
“ Akak, DIA excident…”
“Haaaa???”
…………………………………………………………………
Hari itu,, hari yang ku unggu-tunggu..
Ya, hari itu, aku betul-betul akan bertemu
dengannya..
Walaupun pertemuan ini, bukan lah di tempat yang
aku inginkan..sesekali tidak…namun apakan daya..
Allah sedang menguji hambanya…
Saat itu dia sedang tidur..aku ingat lagi…dulu, aku
pernah marah dia..sebab, dia kalau tidur kadang
kadang tak ingat dunia..tapi hari ini, bila aku lihat
dia tidur..dengan keadaannya..aku sebak (dalam
hati)…
Tiba-tiba dia bangun..dahinya
berkerut..memandang kami lama…dan dia
senyum….
“Akak mesti marah kat saya kan??? Ucapnya
lemah..
“kenapa ??”Soalku..
“Ya la, saya tak angkat call akak..”
….
Aku diam…
….
“In my heart..first time I did’nt angry at her at all…
even she did’nt answer my call…i hope, we will
meet again.. Insya-Allah..and for the first time..i’m
sorry for all my mistakes and get well soon my
dear sis..”
It’s learning process for me…Jazakillahukhoir
sahabah…

Adik,,,,, i tak pandai nak feeling - feeling or touching- touching....
Kayu sikit...hoho....

Tapi...you are special on my heart....