1. Islam di Spain dan Sicilie
- Saya tidak berapa ingat tajuk dan penulis buku tersebut. Tapi saya baca buku itu sewaktu saya tingkatan dua. Pelik juga apabila saya membaca buku genre sejarah dengan penuh minat meski buku tersebut sudah usang dan menggunakan kertas coklat. Yang pasti selepas membaca buku tersebut, saya menanam impian untuk ke spain dan membuka minda saya untuk bercinta dengan sejarah.
2. Detektif Indigo
Buku tersebut nipis sahaja. Penulisnya Faisal Tehrani @ Mohd Faizal Bin Musa. Buku ini adalah pemenang- peemenang Utusan Publication and Distribution. Genre Novel yang mempunya gaya bahasa yang cukup indah serta gaya cerita yang amat menarik. Sejak membaca novel ini semasa ditingkatan tiga, memang perpustakaan menjadi tempat utama aku ingin pergi tatkala loceng rehat berbunyi. Semenjak membaca buku- buku utasan, penulisan aku dalam bahasa melayu semakin membaik sehingga mendapat pujian cikgu. Dan sehingga kini. Terima Kasih Utusan!
3. Sesegar Nailofar
Novel yang berlatarkan Jordan. Selepas membaca buku ini sungguh aku tertarik untuk kesana. Dan sehingga kini azam itu terpahat kuat. Meski masih belum mampu ke sana. Penulisnya Zaid Akhtar. Seorang Cikgu.
( Setakat ini dulu. Gambar akan menyusul kemudian. Kena log in guna lappy)
No comments:
Post a Comment