Dalam persahabatan pun ada kematangan??
Persoalan.
Jawapannya, Ya.
Persahabatan itu mencatumkan hati.
Saya teringat pada bait lagu Tan Sri P. Ramlee, " Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"
Lidah merupakan anggota yang paling dekat dengan gigi.. Sebab itu ianya selalu tergigit.. Agak-agak tangan kita selalu digigit ke tidak?
Pasti tidak pernah. Melainkan orang lain yang menggigitnya.
Jadi, namanya bersahabat...sahabat yang paling dekat dengan kita adalah orang yang paling cepat terasa dengan kita.
Biasanya ia berlaku sebelum tempoh kematangan sebuah persahabatan.
Apabila sampai kepada tempoh kematangannya, terasa- terasa, feeling- feeling, itu semua bagai angin lalu sahaja.
Trust me. Saya pernah lalui semua itu..:)
Masih ingat lagi cerpen Cerita Aku dan Dia ?? Sebenarnya disebalik kebisuan Dia, ada cerita yang baru kuketahui setahun selepas cerita itu.
Rupanya Dia cemburu dengan aku yang asyik dengan rakannya. Lantas membuat janji palsu untuk bertemu. Sedangkan ia sedar saat itu. Ingin menduga aku semata.
Hahaha.. Tergelak aku mendengar cerita Dia. Sangkanya aku akan marah..
Tapi jujur, sekelumit pun tiada amarah.
Kerana kala ini kami berjauhan. Umur pun semakin berkejaran. Rugi rasanya manghabiskan usia persahabatn dengan amarah yang tidak berkesudahan.
Lantas, aku teringat pesan murobbi, kalau dengan rakan sebilik pun asyik bertengkar, ada hati nak berumah tangga. Heh!
Persahabatan jua latihan komunikasi kita bersama bakal imam kita tau. Kalau dalam persahabatan tiada yang nak beralah, kita harap pasangan kita nanti nak beralah? Tentu tidak.
Masing - masing menunjuk ego.
Tapi, cubalah kita berfikir sejenak.. Seandainya cerita Aku dan Dia berakhir dengan perpisahan kami yang panjang di dunia. Pasti Aku akan menyesal tidak berkesudahan.
Siapa tahu? Ajal maut ditangan Allah bukan?
Lantas, jangan buang masa. Hulurkan tangan mu pada si dia. Meski tangan mu tidak bersambut, mungkin nanti suatu ketika tanganmu tempat dia berpaut.
Teringat rukun ukhuwah yang sentiasa meniti dibibir kita...
Saya boleh katakan, jika tidak lengkap ketiga- tiganya, persahabatan kalian masih belum di aras kematangan..
" Zirru ghibban tazdad hubban"
:) :) :)
No comments:
Post a Comment