Sunday, 24 August 2014

Cik Jarum dan En. Benang [Episod 2]

Sudah hampir sebulan aku disini.
Rutin ku tidak berubah.3 K ( Kuliah, kantin, katil].
Esok umat Islam akan menyambut ramadhan. Pertama kalinya aku menjalani ramadhan di tempat orang.
Hati ini membuak - buak ingin menjejaki surau. Sungguh!
Janji Zaza hanya tinggal janji. Usai maghrib aku bertekad. Harus jua aku menjejak kaki kesana. Lantas aku bertawakkal. Semasa menaiki lif aku melihat seseorg dengan berpakaian telekung.
Alhamdulillah. Aku akan ikut orang ini. Bisik hati kecilku.
Pintu lif dibuka. Langkah ku dipercepat. Mengejar insan bertelekung itu.

Menjejaki surau. Entah bagaimana  inginku gambarkan perasaan itu. Sungguh terharu. Saat itu aku terlihat classmate aku.
Dia menegur ku.

Usai tarawih berjemaah aku duduk dibelakang saf. Baca quran.

Tiba-tiba seseorang menegurku.
" Nak join kami tadarus?" Soalnya.
"Boleh juga." Bicaraku laju.
Usai mengaji kami bersama-sama menuju ke blok kami.

"Eh, lupa nak tanya. Nama awak siapa? " Dia bertanya.
"Nama saya Nur. Nama awak?" soalku.
"Nisa'" Bicaranya.
Sampai sahaja ditingkat bilik ku, aku mengucap salam kepadanya. Kami berpisah.

Assalamualaikum. Aku membuka pintu bilik. Zaza di atas tilam. Bersama laptopnya.

" Amboi muka berseri-seri nampak." Ujarnya.
"Mestilah. Baru jumpa 'cahaya'". Bicaraku tersenyum.
"Zaza bila kau nak pergi Surau? Seronok tau". Ujarku.
"Nantila. Aku pergi juga nanti". Jawabnya ringkas.

Keesokannya sebelum berbuka lagi aku sudah menjejaki surau. Ada iftar percuma. Dengar sahaja perkataan percuma hatiku pastinya melompat kegirangan. Masakan tidak, aku ini bukannya peminjam ptptn.Jauh sekali penerima JPA. Hanya mengharap ihsan org tua dan simpananku yang sedikit cuma.

Usai maghrib, aku menyendiri di sudut surau.
Seorang ukhti menyapaku.
"Dik, nak join usrah tak? Soalnya.
"Usrah?" Aku memandangnya ragu.
Dahulu ketika aku di sekolah menengah, setiap minggu kami ada usrah. Setiap jumaat. Kadang ustazah yang bawa. Kadang senior tingkatan enam.
"Boleh juga". Bicaraku ringkas.
Lantas dia membawaku ke bulatan kecil yang binaannya insan. Dadaku berdegup kencang. Berdebar rasanya. Maklumlah. Aku tidak mengenal mereka. Aku memandang mereka satu persatu. Eh, ukhti digerai itu. Hati ini menjerit.Bibirku mengoyak senyum.
Mereka menyuruhku bertaaruf.
Usai sesi bertaaruf. Mereka mengajukan satu soalan.

"Apakah tujuan kita diciptakan?"

Aku tersentap.

"Nur?" Soal ukhti saf. Ukhti yang menyapaku dengan senyumannya di gerai itu.

"Untuk beribadah.." Jawabku teragak.
"Itu sahaja?" Soalnya lagi.
"Amar ma'ruf nahi mungkar". Aku menjawab lagi.

"Awak ni sekolah agama ke?" Soalnya.
"Erk.. Ya". Bicaraku menunduk.
"Waah..bestnya".  ukhti ima menyampuk.
" Jom, kita buka surah Azzariyat ayat 56." Sampuk ukhti ika

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" Az zariat 51:56

"Tengok, Allah kata apa. Ini tujuan hidup kita. Penghambaan." Bicara ukhti ika.
"Cukup ke sekadar menjadi hamba?" Soal ukhti Saf pula.

"Tidak." Jawabku laju.
" Rujuk surah Al-Baqarah ayat 30. Cuba Nur baca tafsirnya". Arah ukhti ika.

" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

"Nampak tidak. Allah jadikan kita dimuka bumi ini bukan hanya sebagai hamba. Malahan khalifah." Sambung ukhti ika.

Aku menunduk.
Entah perasaan apa di jiwaku ini. Bicara mereka biasa sahaja. Namun entah mengapa sepertinya ada jarum yang mencucuk hatiku.Sakit. Pedih.

No comments:

Post a Comment