Sunday, 24 August 2014

Cik Jarum dan En. Benang [Episod 3]

"Din tunggu aku!" Jerit fatih sambil lincah tangan mengikat tali kasut.
Sholahuddin berjalan laju ke arah bilik kuliah. Mereka sudah lambat.

Pintu dibuka perlahan. Semua mata memandang mereka.
" Maaf prof ". Bicara din menunduk.
Fatih dibelakangnya  menyorok muka.

" Awak berdua keluar !" Prof berbicara tegas.
" Tapi...." Belum sempat dia memberi alasan prof bersuara tegas lagi.
"Sebelum saya gugurkan awak dari subject ni baik awak keluar. Saya pantang orang lambat ke kelas saya." Bicara Prof lagi sambil tangannya lincah menulis formula di papan putih itu.
Din dan Fatih menapak keluar. Pintu ditutup.

"Sorry." Fatih bersuara.
"Nasib kita. Jom pergi perpustakaan." Din mengajak.

Mereka berdua mengluangkaji bersama.
Asyik membaca, tiba matanya terpandang kelibat seseorang.
Asyik berbual dengan temannya. Seorang bertudung labuh dan seorang free-hair. Nampak aneh pada matanya.

"Din...Din...hoi tengok sape tu?" Sergah Fatih sambil menoleh kebelakang.
Tiada siapa. Aneh.
" Berangan ye?" ujar Fatih.
"Mana ada. Aku berfikir." Din menafi.

......

Nur gusar. Sepertinya ada mata yang memandangnya.

"Argh. Abaikan. Bukan itu tujuan mu disini." Hati kecilnya marah.

Esok bermulanya pesta hari terbuka. Tahun ini dia pula menjadi ajk.

" Malam ni kau pergi ceramah perdana tak? " Soal Syasya.

"Pergi. Kenapa Sya?" Soalnya.
"Aku, Fifi dan Yaya nak pergi juga. Pergi sekali ye? " Ajak Syaya.

"Waah...bestnya. Alright." Nur tersenyum lebar.

Malam itu. Ramai mahasiswa berpusu - pusu menuju ke perkarangan pentas utama. Maklum sahaja. Panelisnya salah satunya Imam muda Asyraf. Siapa tidak kenal johan imam muda.
Walaupun Nur tidak pernah menonton rancangan imam muda, namun sedikit sebanyak tahulah jua perihal rancangan tersebut. Zaman millenium ni Facebook menjadi rujukan utama muda mudi.

"Hai Nur." Wawa menepuk dari belakang.
"Allahu...." Nur menjerit. Pantang ada yang menyentuhnya. Tangannya memukul Wawa. Kuat.
"Aduh, sakitlah Nur." Wawa mengaduh sakit.
" Nampak je kecil. Tangan berbisa. " Ujar Wawa.

Nur ketawa kecil.
" Wawa, jom lepas ni tangkap gambar dengan imam muda nak?" Ajak Nur.
" Tak nak aku. Malu kot" Wawa menolak.
"Alah, jomla. Teman aku." Pujuk Nur.
" Tengoklah nanti." Bicara Wawa.

Usai sahaja ceramah tiba - tiba semua menghala ke tepi dewan. Menghala ke pentas bergerak. Berpusu - pusu mereka. Lebih ramai yang hadir berbanding yang tadinya.

" Eh ada apa ni? " Nur hairan.
Kedengaran lagu Maher Zain ditelinganya.
Tiga lelaki dan dua perempuan. Menyanyi diatas sana. Free Hair.
Entah siapa punya angkara.
Nafasnya seperti menghembus laju. Amarahnya memuncak.
"Dah, balik - balik". Jerit Nur yang hanya didengari sahabat-sahabatnya. Air matanya seakan bergenang. Tangannya memegang dada. Nafasnya cuba di kawal.

"Sabar Nur". Syasya memaut bahunya.
Mereka Tahu Nur seorang yang garang dan tegas. Dia tidak suka kemaksiatan itu ada di depan matanya. Apatah lagi dia salah seorang AJK pesta itu.
"Sya, aku gerak dulu. Jom Wawa". Dia menarik Wawa.
Kami melangkah laju. Menjauhi konsert itu.
" Angkara siapa ini. Aku rasa tiada dalam tentatif. Aku AJK kenapa aku terlepas pandang". Nur menjerit geram.
Wawa hanya mampu menyabarkan.

"Eh ustaz Asyraf." Wawa bersuara.
"Tak nak lah. Takda mood." Ujar Nur.
"Abang aku ada tu. Jom." Wawa menarik tangan Nur.

Nur menurut. Debar pula rasa.

Malam itu jua mereka para AJK pesta berkumpul. Sesi post moterm bermula.

Usai ucapan pengarah, dia mengarahkan kami bersuara.

"Izinkan saya bersuara." Fahmi mengangkat tangan.
Fahmi yang aku kenali seorang yang fakih dalam agama. Dia jua ahli di Jabatan kerohanian. Sepertinya aku.

" Saya nak menegur sikit. Sepertinya ada unsur - unsur perjudian dalam aktiviti Sukan rakyat. Bila mana wang yang menjadi bayaran pendaftaran digunakan sebagai hadiah kepada pemenang. Saya kira perkara ini pernah ditegur semasa pesta yang lepas. Saya terkilan ia berulang lagi." Bicaranya meninggi. Semua menikus.

" Maafkan saya. Saya terlepas pandang perkara itu." Bicara sang pengarah.

" Maafkan saya. Saya pun ingin menegur. Saya rasa konsert yang baru sahaja habis tadi tiada dalam tentatif pun. Saya sangat kecewa. Kamu mengadukkan kebenaran dan kebatilan. Sekejap kamu beriman. Sekejap tidak. Jadi apa guna kamu buat ceramah? Sekadar memenuhi aktiviti? " Nur bersuara lantang.

" Berkenaan hal itu, saya tak boleh nak buat apa. Saya terikat dengan keadaan. Dbkl sudi meminjamkan pentas bergerak dan skrin besar asalkan kami izinkan mereka buat konsert. Saya rasa tidak begitu salah. Tiada unsur melampau pun. Sekadar nyanyi biasa. " Ujar Izhan yang merupakan pengarah pesta.

" Terikat? Anda kata tidak melampau?! Owh.. Kita ni mawasiswa. Golongan terpelajar. Tetapi halal haram entah kemana. Perempuan menyanyi di atas pentas. Ustaz yang tak balik lagi pun menggeleng kecewa. Kita yang memilih. Jangan salahkan keadaan. Kita yang memilih. Kita yang mencorakkan pesta ini. Kenapa perlu tunduk dengan dbkl?. Ingat sahabat, Kebenaran dan kebatilan tidak boleh dicampur aduk. Yang benar itu benar. Yang batil itu tetap batil." Suaranya seakan marah. Ada getar disitu. Air mata menurun laju. Mengenang akan saham dosa yang bakal dipikul.

Ya Allah. Ampuni kami. Getus hatiku.

Ruang meeting itu sunyi. Masing- masing menunduk. Ada yang menyutujui tidak kurang yang membela diri.

Selepas meeting, aku menerima mesej dari empunya diri yang menguruskan konsert itu. Dia meminta maaf keadaku.
Aku balas, pengakuan bersalah jangan ditujukan kepadaku. Tetapi kepada Allah Robbul alamin.

Yang aku terlebih geram seniorku yang pernah menjawat jawatan ketua pelajar sekolah agama. Ambil STAM lagi, meredhoi malahan mempertahankan Izhan. Sungguh aku kecewa. Kecewa. Saat itu terasa ingin dilucutkan title budak sekolah agama. Malu. Maluku pada Allah.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Entah kemungkaran apa lagi bakal ku hadapi.

No comments:

Post a Comment