Friday, 22 August 2014

Cik Jarum dan En. Benang

"Ahlan wa sahlan Kuala Lumpur!!".Hati Nur menjerit.

Akhirnya menjejak jua dia di kota hiruk pikuk ini. Ini bukanlah pilihannya.Ini adalah takdirnya. Takdir yang menguji, apakah ia masih berjiwa hamba. Ataupun hanyut dengan dunia.

Nur berjalan laju menuju kediaman Sehati Sejiwa. Nak tergelak mendengar nama kediaman tersebut.Entah siapa yang memberi nama.

Kunci dicucuh. Tangannya memutar tombol pintu. Pintu bilik dibuka. Wow! Amazing. Bilik yang bersaiz sederhana dengan dua katil berserta bilik air di dalamnya.

Best!

Ralitnya dia menyusun baju tanpa sedar tombol pintunya memusing dari luar.

"Ouh!" Terpacul seorang insan di muka pintu.

"Assalamualaikum, saya Nur" Nur melangkah ke arahnya menghulur salam.

"Wa'alaikumussalam.Saya Zaza" Balasnya.

Kami bersalaman.

"Zaza, jom gi makan.....!" Ujar seseorang yang tiba-tiba muncul dari pintu toilet kami.

"Eh, ada orang baru". Bicaranya.

Aku senyum.
"Nur" ujarku.

"Eh, awak ustazahla." bicaranya membelek- belek penampilanku.

"Zaza, roomate kau ustazahla" Bicaranya dengab Zaza.

Sengih. Namun dalam hatinya memberontak. Entah. Dia tidak suka gelaran itu.

Selesai menyusun. Dia mencapai handphon pemberiah ayahnya. Hadiah SPM. Dia cuba menguhubungi syasya. Dipejabat semasa dia mendaftar tadi seorng pakcik yang bekerja disitu memberi nombor syasya. Dia kata Syasya akan membantunya nanti. Masakan tidak. Dia tidak mengenal sesiapapun disini. Esok kelas bakal bermula. Buku tiada. Apa pun tiada.

Dia melangkah ke bilik 5-36.
"Lah, beza satu bilik je dengan aku." Bisiknya.

Tangannya mengetuk pintu. Sekejap. Pintu dibuka.
"Hai, saya syasya". Sapa empunya bilik.

"Nur". Bicaraku ringkas.

Pertemua pertama. Banyak persoalan yang aku utarakan. Makumlah, aku tidak mengikuti sesi orientasi.

Hari ini hari pertama kuliah. Melihat baju yang tersusun aku memilih milih hendak memakai baju yang mana.

Tudungku rata-rata semua labuh dan bulat.
"Hmm. Suasana disini sesuai ke aku memakai tudung bulat?"Hati kecil ku berbisik.

Tiba-tiba aku terpandang tudung empat segi yang baru ku beli sebelum melangkah ke sini. Tudung hitam. Agak singkat. Aku tidak pernah memakainya. Untuk tidak kelihatan pelik di mata manusia aku memilih untuk memakainya. Betapa berdosanya aku saat itu.

Hari pertama ini aku hanya mengikuti syasya ke sana dan sini. Maklum tempat baru. Seperti belangkas ibaratnya kami.

Petang itu kami pulang ke kediaman. Aku terpandang poster.

" Pesta Hari Terbuka Kediaman"
"Jom masuk explorace nak?" Syasya bertanya ku.

"Jom! " Balasku laju. Aku suka benda advanture ni. Sengih.

Sejak zaman sekolah aku sangat meminati sukan. Namun aku bukanlah atlet sekolah. Mungkin kerana aku bersekolah di sekolah agama. Aktiviti sukan adalah sesuatu yang jarang.
Apabila diberi peluang seperti ini, sungguh aku seronok.

"Nur, ni baju explorace." Hulur syasya.
Aku membelek baju tersebut. Lengan pendek, jarang dan singkat. Sejahat-jahat aku, aku tidak pernah memakai baju seperti ini diluar.

Lantas aku mencapai baju kolej yang wajib dibeli. Mencari lengan yang panjang. Dua lapis baju ku pakai. Mujur saiz badanku agak kecil. Baju masih di bawah punggung.

Aku mencapai tudung hitamku.

" Nak pakai inner ke tak?" Hati kecil ku berbisik.

"Panasla nanti. Ala tudung ni still hitam.Tak nampak sangatlah". Syaitan berjaya memujuk ku.

Usai explorace, aku membersihkan badan dan berehat rehat di katilku.

Mencapai laptop. Aku membuka fb.

"Eh, gambar explorace tadi". Senyum.

Tiba- tiba aku terpandang komen dibawah.

"Labuhkan tudung!" komen kakak ku yang kala ini menuntut di Jordan.

Hmm. Aku membiarkan komen itu sepi.

"Nur, nak kerja tak?" Zaza bertanya ku.

" Wah. Nak!" balas ku cepat.

"Jom turun bawah". Ajaknya.

Kami menuju disebuah gerai menjial waffle dan hotdog. Aku menilik pemakaian makcik itu. Makcik itu memakai tudung labuh. Berstokin dan memakai handsock. Aku bersalaman dengan makcik itu.

Dia mengajar aku membuat waffle. Membakar hotdog dengan baik.
Ralit aku bekerja.
Sedang aku berehat. Entah kenapa aku tertarik dengan gerai dihadapanku. Sepertinya pelajar sepertiku. Aku menilik mereka satu persatu.
Tudung meski empat segi tapi Labuh dan tidak jarang. Berstokin.handsock.

Seorang ukhti mengukir senyum kepadaku. Aku senyum kembali. Pandangan kami bertaut.

" Siapa mereka?". Hatiku bertanya.
Segan hendak bertandang ke sana.

Masuk waktu zohor.Aku meminta izin untuk bersolat.

Usai solat aku mencapai handsock ku. Teringat tadi makcik itu menegur tatkala aku menarik- narik baju di lengan ku usai mencuci.
" Lain kali pakaila handsock. Nanti tak payah tarik- tarik" Nasihat makcik itu.
Bukannya aku tiada handsock. Cuma malas memakainya.

Pesta hari terbuka pun tamat. Kami mendapat tempat ketiga dalam expkorace. Seronok.

"Zaza jom teman aku ke surau. Teringinla nak ke surau." Ujar ku kepada zaza.
Dari hari pertama aku mendaftar. Aku tidak pernah ke surau. Hati kecil ini teringin. Mungkin kerana rasa ada kekosongan. Namun aku ini penyegan orangnya. Malu tidak bertempat. Dari dulu. Zaza berjanji nak membawa aku ke surau. Namun sampai kala ini masih  tidak menjejakkan kakiku disana.
Aku risau kalau- kalau nak pergi sendiri. Pintu surau pun aku tidak tahu dimana.
Segan.
" Nanti natilah. Next time ye aku bawa kau". Ujar zaza yang ralit memandang laptop.

" Ok." Ujarku lemah.
.........

No comments:

Post a Comment