Hari yang penat. Baru sahaja selesai catering.. Tapi mata tidak mahu lelap....ada rindu yang bertandang....
Entry 10 buku dan novel cik Jarum dan en. Benang tangguh dulu akibat kesibukan yg membadai....
Semalam my birthday.....
Ada org belanja western food ( kak Nadia)
Ada org buatkan cheese cake ( kak su)
Ada org belikan red velvet ...yummy!!! Suka sangat ( kak syu)
Ada org bagi tudung ( yati and atin)
And.....
Ada org buatkan aku sajak....
Ini sajaknya...terharu baca,,,,,,,,, :')
Aku sangat merindui saat itu
ketika kita selalu bersua
saling berkongsi duka dan tawa.
aku terlalu merindui saat itu
ketika kita bermain bersama
bertepuk tampar bertukar bahagia
setiap cubitan mehangatkan jiwa
rindu terubat tersenyum gembira
aku terlalu merindui saat itu
ketika aku dihimpit duka
ketika aku diuji DIA
ketika terasa airmataku kau seka
aku terlalu merindui sangat itu
apabila kau marah kita berjauhan
surat dan mesej menjadi kiriman
segala kiriman kini ku simpan
tinggal kenangan menjadi tatapan
tika keseorangan dihiris kerinduan
aku takut disuatu saat nanti
ketika salam tiada lagi berjabat
ketika tawa tiada lagi bersambut
ketika senyuman tiada lagi berbalas
ketika bicara tidak lagi terdengar
ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.
aku takut disuatu saat nanti
ketika yg dekat terasa asing
ketika yg jauh makin menyepi
ukhuwah hanya semudah memetik jari
gusar pudar manisnya nanti...
biar kamu penat mendengarnya..
asalkan aku sempat meluahkan
aku sayang kamu selamanya...
And dia selalu mengimbau cerita kami...cerita kami dahulu....
Cerita aku dan dia,,,,,,,
CERITA AKU DAN DIA
Aku dan dia terkadang rapat, dan adakalanya
bermasam muka..namun biasanya kami suka
memendam rasa..sehingga terkadang aku
bertanya,,mengapa begini persahabatan kita???
Satu hari dia mesej aku..dia kate nak bawa aku kat
tempat yang paling dia suka sangat..mase tu aku
rase seronok sangat…dan bile dah sampai mase
yang di janjikan..aku tunggu die..tunggu dan
tunggu…hampir sejam…lepas tu, aku terjumpa
sahabat dia, dan aku tanye, ada Nampak dia
tak..??
“tak de pula kak” jawabnya..
Mase tu aku rase marah sangat..aku paling tidak
suke menunggu..uhh..benda yang paling aku
benci..apatah lagi bila orang mungkir janji..lagila
aku rasa nak mengamuk…
Mase tu memang aku dah mengamuk..kesian kat
sahabat die..tempat aku terkadang melepaskan
geram..Mase tu aku update status..
Lepas tu, hampir seminggu juga la aku dan dia
tidak bersua..dan tidak bercakap lansung..sahabat
aku kate, mengalah je la…kau kan lebih tua…
Aku seperti biasa..EGO melampau…aku kate, aku
tak nak cakap dengan dia selagi dia tak nak minta
maaf dengan aku..
Dia pun sebenarnya EGO juga…tak nak minta
maaf..
Hampir seminggu lamanya kami memendam rasa
sendiri…
AKU DAN DIA SAMA SAHAJA..
Satu hari, ada sahabat kami buat perjumpaan
tergempar..masa tu kami diminta buat tazkirah 2
minit..
Sampai giliran dia…dia kata, teringat kata-kata
seorang ukhti..persahabatan itu seperti lauk..ianya
takkan sedap kalau hanya ada manis saja…
terkadang kena letak sikit garam, cili or
everything..
Begitu juga dalam persahabatan….
Aku tersentap tiba-tiba..ya, surely aku memang
terasa…ayat tu yang aku kongsikan dengan dia
dulu..
Usai solat subuh berjemaah..tiba-tiba dia
menghampiri ku..
“Akak, rindu..”Ucapnya..
Kelu….
“Akak saya minta maaf”..
Aku diam..
“ saya tau, saya salah..saya minta maaf kak…”
Aku senyum…
Kami menjadi seperti dulu…
Sebulan selepas tu, kami berpisah..menuju haluan
masing-masing…dia dengan tugas dia..dan begitu
jua aku…
Satu hari aku turun KL..ada urusan, dan aku ambil
kesempatan nak jumpa dia..tapi, rupanya dia sudah
pulang ke rumah..tak pasal-pasal..ingatkan nak
bagi surprise..last-last aku yang kna balik…
Sahabat die kate..die balik sekejap saja…
Aku pun menantinya…tapi hari semakin gelap dan
aku terpaksa pulang…nanti sampai rumah lewat
pula…
Malam tu aku call sahabat dia..aku tanya, “dia dah
sampai…??”
“Sudah.akak nak cakap dengan dia??” Soalnya..
“Eh, tak pelah..dia mesti penatkan..bagi dia rehat..”
Jawaku..
Keesokan harinya…semasa aku sedang berkerja,
aku tidak perasan ada mesej masuk..
Dia mesej..
DIA : Akak free tak sekarang ni???
Sejam selepas itu baru aku baca mesej tu..
Then aku call dia..
Macam biasa..dia takkan angkat..
Sampailah keesokan harinya, aku cuba call dia
lagi…
…….
Petang tu aku buka FB..tiba-tiba dia like aku punya
status..six hours ago…then aku tulis something kat
wall die…I hope she will reply..
Tiba-tiba…sahabat dia mesej aku…
“Akak, saya takut..takut sangat..”
“tajut apa??” soal ku..
“ Akak, DIA excident…”
“Haaaa???”
…………………………………………………………………
Hari itu,, hari yang ku unggu-tunggu..
Ya, hari itu, aku betul-betul akan bertemu
dengannya..
Walaupun pertemuan ini, bukan lah di tempat yang
aku inginkan..sesekali tidak…namun apakan daya..
Allah sedang menguji hambanya…
Saat itu dia sedang tidur..aku ingat lagi…dulu, aku
pernah marah dia..sebab, dia kalau tidur kadang
kadang tak ingat dunia..tapi hari ini, bila aku lihat
dia tidur..dengan keadaannya..aku sebak (dalam
hati)…
Tiba-tiba dia bangun..dahinya
berkerut..memandang kami lama…dan dia
senyum….
“Akak mesti marah kat saya kan??? Ucapnya
lemah..
“kenapa ??”Soalku..
“Ya la, saya tak angkat call akak..”
….
Aku diam…
….
“In my heart..first time I did’nt angry at her at all…
even she did’nt answer my call…i hope, we will
meet again.. Insya-Allah..and for the first time..i’m
sorry for all my mistakes and get well soon my
dear sis..”
It’s learning process for me…Jazakillahukhoir
sahabah…
Adik,,,,, i tak pandai nak feeling - feeling or touching- touching....
Kayu sikit...hoho....
Tapi...you are special on my heart....
Ok, kayu sangat (sarcasm). Laju air mata mengalir ni. :)
ReplyDeletehaha..
Delete